Awal Ashaari usul gugur pertuduhan lakukan perbuatan khianat
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Selebriti Awal Ashaari mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi menggugurkan pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar pondok pengawal milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara.
Peguam M Reza Hassan yang mewakili Awal Ashaari atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 41 tahun, berkata pihaknya memfailkan representasi itu pada bulan November lalu.
"Mahkamah menetapkan 26 Jan depan bagi mengetahui status representasi berkenaan," katanya ketika dihubungi media pada Selasa (27 Dis).
Pada 17 Mei lalu, personaliti televisyen itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik Pengurusan Challis Damansara yang nilai kerugian dianggarkan RM600 (S$190).

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di pondok pengawal Challis Damansara, Jalan PJU 3/30, Sunway Damansara, pada 11.30 pagi, 16 April lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari setahun dan tidak lebih daripada lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.