Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Awal Ashaari disaman RM3 juta oleh syarikat ubah elok

Sebuah syarikat ubah elok dan dekorasi rumah memfailkan saman fitnah RM3 juta (S$983,829) terhadap personaliti televisyen Awal Ashaari dan dua lagi kerana didakwa memfitnahnya berhubung kerja-kerja pengubahsuaian di kediaman baru selebriti itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Awal Ashaari disaman RM3 juta oleh syarikat ubah elok

(Gambar fail: Awal Ashaari/Facebook)

Diterbitkan : 18 Nov 2020 09:40PM Dikemas Kini : 18 Nov 2020 09:47PM

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat ubah elok dan dekorasi rumah memfailkan saman fitnah RM3 juta (S$983,829) terhadap personaliti televisyen Awal Ashaari dan dua lagi kerana didakwa memfitnahnya berhubung kerja-kerja pengubahsuaian di kediaman baru selebriti itu.

Naz Empire Sdn Bhd selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak pada 13 Nov lalu, dengan menamakan Awal Ashaari atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari sebagai defendan pertama, dan Nawal Yasmin Mat Noh serta Muhammad Hilmi Zulkifli sebagai defendan kedua dan ketiga.

Menurut plaintif, Nawal Yasmin dan Muhammad Hilmi menjalankan perniagaan secara perkongsian atas nama SomethingBorrowed By Nawal Enterprise dan didakwa sering berkongsi gambar atau video berkaitan ubah suai atau dekorasi rumah melalui laman media sosial Instagram mereka, @houseofsix.my.

Melalui semakan senarai kes mahkamah, kes saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nurliana Ismai pada 11 Dis.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan