'Avengers: Endgame' sisipkan mesej nasionalisme
Barisan pelakon dan pengarah filem 'Avengers: End Game' berada di Seoul, Korea Selatan, pada Isnin (15 Apr) bagi sidang media Asia untuk mempromosikan filem terbaru terbitan Marvel Studios itu.
Pelakon-pelakon 'Avengers: Endgame', Jeremy Renner and Brie Larson, semasa wawancara bersama Mediacorp di Seoul. (Gambar: Mediacorp)
SEOUL: Barisan pelakon dan pengarah filem 'Avengers: End Game' berada di Seoul, Korea Selatan, pada Isnin (15 Apr) bagi sidang media Asia untuk mempromosikan filem terbaru terbitan Marvel Studios itu.
Semasa sidang media tersebut, pengarah Joe Russo mendedahkan filem 'Avengers: End Game' menyisipkan mesej-mesej terhadap individualisme dan nasionalisme.
Beliau disertai pembantu pengarah Anthony Russo serta beberapa pelakon seperti Robert Downey Jr. dan Brie Larson.
Pelakon 'Captain Marvel' Brie Larson, yang juga tampil beraksi dalam filem wirawati tunggal pertama terbitan Marvel, berkata wataknya melambangkan kepentingan kesamarataan.
Filem 'Avengers: End Game' djangka berada di pawagam-pawagam di Korea Selatan pada 24 April ini, dua hari sebelum siarannya di Amerika Syarikat.
LAPORAN BERKAITAN: Permintaan tinggi bagi tiket Avengers: Endgame jejas laman pawagam S'pura
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.