Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Avengers: Endgame ditayangkan semula dengan 'adegan baru'

'Avengers: Endgame' akan ditayangkan semula dengan kandungan tambahan dan akan digandingkan dengan tayangan perdana filem Marvel seterusnya, Spider-Man: Far From Home, hanya pada 1 Julai kelak.

Anggaran Waktu Membaca:
Avengers: Endgame ditayangkan semula dengan 'adegan baru'

'Avengers: Endgame' ditayangkan semula dengan kandungan tambahan pada 1 Julai. (Gambar: Marvel Studios)

Diterbitkan : 28 Jun 2019 10:29PM Dikemas Kini : 28 Jun 2019 10:41PM

LOS ANGELES: 'Avengers: Endgame' akan ditayangkan semula dengan kandungan tambahan dan akan digandingkan dengan tayangan perdana filem Marvel seterusnya, Spider-Man: Far From Home, hanya pada 1 Julai kelak.

Versi filem 'Avengers: Endgame' yang 'baru' itu sama sahaja seperti yang ditayangkan dua bulan lalu. Perbezaannya hanya terdapat pada adegan sebelum dan selepas filem itu.

Menurut kenyataan media Sony Pictures, para peminat akan "disajikan dengan video pengenalan oleh pengarah (bersama) Anthony Russo dan adegan belum selesai yang digugurkan daripada versi filem pertama".

Setakat ini terdapat banyak spekulasi tentang kandungan yang belum selesai itu. Ada yang mengatakan ia akan menunjukkan watak Thor (Chris Hemsworth) bermesra dengan Valkyrie (Tessa Thompson).

Ada pula yang menjangkakan ia akan menunjukkan bagaimana Hulk menjadi Profesor Hulk. Satu lagi kemungkinan adalah babak imbas hadapan yang menceritakan kisah dewasa anak perempuan Tony Stark, Morgan Stark, yang dimainkan oleh pelakon 13 Reasons Why, Katherine Langford.

Para penganalisis percaya bahawa acara 'Bawa Kembali' ('Bring Back') itu adalah percubaan Marvel Studios untuk mengaup pendapatan beberapa juta dolar lagi supaya ia dapat mengatasi rekod dunia yang dicatatkan filem Avatar, iaitu sebanyak (AS$2.78 bilion).

Menurut Box Office Mojo, Endgame kini berada di tangga kedua dengan hasil pendapatan AS$2.75 bilion. Di Singapura Endgame meraih S$19.49 juta, setakat sehingga 26 Jun.

Setakat ini, tiada khabar sama ada versi 'baru' Endgame itu akan ditayangkan selepas 1 Julai.

Gandingan 'The Avengers: Endgame/Spider-Man: Far From Home' hanya ditayangkan secara eksklusif di pawagam Golden Village.

Setiap pembeli tiket juga akan mendapat poster Endgame, poster Far From Home, kemeja-T Far From Home dan kombo bertih jagung Far From Home.

Spider-Man: Far From Home akan ditayangkan mulai 2 Julai. 

Sumber : Today/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan