Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Atikah Suhaime dipilih lakonkan watak penyanyi Siti Nordiana dalam drama

Pelakon berasal dari Singapura, Atikah Suhaime dipilih melakonkan watak penyanyi, Siti Nordiana dalam drama Aku Seorang Perempuan.

Anggaran Waktu Membaca:
Atikah Suhaime dipilih lakonkan watak penyanyi Siti Nordiana dalam drama

(Gambar: sitinordiana/Instagram)

Diterbitkan : 18 Nov 2020 11:28AM Dikemas Kini : 18 Nov 2020 11:39AM

KUALA LUMPUR: Pelakon berasal dari Singapura, Atikah Suhaime dipilih melakonkan watak penyanyi, Siti Nordiana dalam drama Aku Seorang Perempuan.

Drama yang diinspirasikan daripada kisah hidup penyanyi itu juga diadaptasi dari buku biografi kedua penyanyi itu, Bukan Perempuan Biasa yang dijangka diterbitkan serentak dengan drama itu tahun depan, menurut MyMetro.

Atikah mengakui menjadi tekanan buat dirinya untuk melakonkan watak itu kerana Siti Nordiana atau mesra disapa Nana mempunyai kelompok peminat yang besar, lapor MyMetro lagi.

"Sebelum ini saya pernah berlakon dengan Nana. Malah, ketika sekolah saya selalu mendengar lagu-lagu Nana. Tidak menjangka pula sekarang saya kena berlakon menjadi diriya.

"Sejujurnya, ada tekanan sebab Nana mempunyai peminat yang ramai. Saya sudah baca jalan cerita, tapi masih cuba mendalami watak ini. Saya tidak mahu sekadar belakon drama biasa. Ini adalah kisah mengenai seseorang atau biografi individu yang dikenali, jadi saya cuba yang terbaik. Harapnya peminat Nana suka.

Pelakon cantik itu juga berkongsi bahawa beliau masih mencari dan mengkaji keperibadian Nana. Ini memandang Nana seorang yang lemah lembut, sementara perwatakannya sendiri berbeza.

Malahan, beliau mengambil inisiatif menonton semua video membabitkan Nana bagi mendapatkan gambaran lebih jelas.

"Cerita ini adalah inspirasi perjalanan hidup Nana, jadi saya perlu untuk menjadi Nana dan menghidupkan watak itu. Apa saya buat adalah berjumpa dan borak dengan Nana. Saya bertanya perasaan dilalui.

"Selain itu, saya banyak menonton video membabitkan Nana untuk rujukan tambahan. Babak membabitkan persembahan menyanyi, saya hanya akan 'lyp sync'," katanya.

MyMetro melaporkan bahawa drama terbitan syarikat Brotherhood itu diarahkan oleh Hashim Rejab dan ia adalah sebahagian daripada program Inisiatif Seni Kreatif (ISK) TV dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Sumber : Agensi berita/NA/na

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa