Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Atikah Suhaime cuba berbahasa Sepanyol dalam drama terbaru gabungan 3 negara

Drama terbaru lakonan Atikah Suhaime berjudul Poskad Dari Alhambra membawa cabaran besar kepada dirinya apabila beliau dituntut supaya fasih berbahasa Sepanyol.

Anggaran Waktu Membaca:
Atikah Suhaime cuba berbahasa Sepanyol dalam drama terbaru gabungan 3 negara

(Gambar: Atikah Suhaime/Instagram)

Diterbitkan : 18 Sep 2019 02:53PM Dikemas Kini : 18 Sep 2019 02:55PM

KUALA LUMPUR: Drama terbaru lakonan Atikah Suhaime berjudul Poskad Dari Alhambra membawa cabaran besar kepada dirinya apabila beliau dituntut supaya fasih berbahasa Sepanyol.

Menjayakan watak sebagai seorang wartawan, pelakon asal Singapura berusia 29 tahun itu mengakui bahawa pada awalnya beliau sedikit gusar untuk memikul tanggungjawab tersebut.

Bagaimanapun, lapor BH Online, perasaan itu secara perlahan-lahan hilang apabila pihak penerbitan menyediakan seorang guru untuk membantunya menggarap secepat mungkin bahasa tersebut sepanjang penggambaran berlangsung.

“Ketika ini, penggambaran sedang berjalan di Singapura dan kami akan berlepas ke Sepanyol akhir bulan ini untuk menyempurnakan drama bersiri itu. Kami dijangka berada di sana selama sebulan.

“Saya akui teruja dapat menimba pengalaman baharu. Pada masa sama, berdebar kerana banyak babak memerlukan saya fasih berbahasa Sepanyol. Tambahan pula, banyak babak besar dan penting menanti sepanjang di sana," luah Atikah terus terang.

“Perasaan risau, bagaimanapun, sedikit berkurangan kerana pihak produksi ada menyediakan guru bahasa di set penggambaran nanti."

“Sekiranya ada kemusykilan atau tidak yakin dengan sebutan, saya boleh merujuk kepadanya. Menariknya, drama bersiri itu turut menggabungkan pelakon dari Malaysia, Singapura dan Sepanyol,” kongsinya lanjut.

Menurut BH Online, selain Atikah, drama arahan Faisal Ishak itu juga menampilkan Marissa Yasmin dan pelakon Singapura Rafi Khan.

2019 adalah tahun agak sibuk buat Atikah kerana perlu memenuhi pelbagai tawaran berlakon, kata beliau, sehinggakan perlu selalu berulang-ulang dari Malaysia ke Singapura dan juga Indonesia bagi menjalani sesi penggambaran.

Mengakhirinya bicara bersama BH Online, Atikah memaklumkan, dua filem terbarunya - Kajeng Kliwon dan Tantiana, terbitan Indonesia, akan menyusul tidak lama lagi. 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan