Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Athisha Khan dijemput sedapur dengan Gordon Ramsay

Anggaran Waktu Membaca:
Athisha Khan dijemput sedapur dengan Gordon Ramsay

Gambar: Instagram/Athisha Khan

KUALA LUMPUR: Sebut sahaja nama cef bertaraf antarabangsa, Gordon Ramsay pasti ramai kenal dengan personaliti itu.

Sabtu (10 Dis) merupakan hari perasmian pembukaan restoran milik Gordon Ramsay yang berada di ibu kota Kuala Lumpur.

Sewaktu hari kejadian, adik kepada selebriti dan usahawan, Neelofa iaitu Athisha Khan dijemput sebagai salah seorang individu bertuah untuk sedapur dengan Ramsay.

Malah, beliau turut berkongsi detik bersejarah tersebut di platform media sosial miliknya seperti di Instagram dan TikTok, lapor ohmymedia.

Menerusi hantaran dikongsikan oleh Athisha, beliau bersama pempengaruh yang lain diajar untuk menyediakan dessert dan menariknya turut dipilih sebagai pemenang hidangan pencuci mulut terbaik.

Malah, perkongsian itu mendapat perhatian ramai termasuklah beberapa selebriti seperti Mira Filzah, Ramona Zamzam, Adriana Adnan dan ramai lagi, seperti dinukil daripada ohmymedia.

Sementara itu, kakak kepada Athisha iaitu Neelofa juga tidak ketinggalan meluahkan rasa teruja melihat perkongsian Athisha bersama cef kegemarannya.

Dedah selebriti berusia 33 tahun, beliau kerap menonton program MasterChef ketika sedang mengandungkan anaknya, Muhammad Bilal.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan