Asean Records, Asia Records iktiraf 2 konsert solo Siti Nurhaliza
Biduanita Malaysia Siti Nurhaliza menerima 2 pengiktirafan daripada Asean Records dan Asia Records selepas berjaya menarik 145,000 penonton menerusi dua konsert solo dalam tempoh 10 bulan. (Gambar: Asia Records dan Asean Records menerusi Instagram/Siti Nurhaliza)
- Siti Nurhaliza received two recognitions from Asean Records and Asia Records after her two solo concerts drew a total of 145,000 spectators over 10 months.
- Legacy 30, held on Jan 10, drew 72,000 spectators, while Gema Bumantara, held on Oct 17, was attended by 73,000 fans.
- Gema Bumantara was also recognised as the largest traditional solo concert and the most attended concert by a female recording artist; the performance lasted more than three and a half hours and featured 34 songs.
- Professor Abdul Latiff Abu Bakar presented the recognitions at a ceremony at the KLGCC Convention Centre in Bukit Kiara, which also celebrated musicians and crew and showed that traditional music continues to draw audiences through large-scale productions.
- Siti Nurhaliza menerima dua pengiktirafan Asean Records dan Asia Records selepas dua konsert solonya menghimpunkan 145,000 penonton dalam tempoh 10 bulan.
- Legacy 30, yang berlangsung pada 10 Januari, menarik 72,000 penonton, sementara Gema Bumantara pada 17 Oktober disaksikan 73,000 peminat.
- Gema Bumantara turut diiktiraf sebagai konsert tradisional solo terbesar dan paling ramai dihadiri artis rakaman wanita; persembahan lebih tiga setengah jam itu menampilkan 34 lagu.
- Profesor Abdul Latiff Abu Bakar menyampaikan pengiktirafan di majlis Pusat Konvensyen KLGCC, Bukit Kiara, yang turut meraikan pemuzik dan kru serta menunjukkan muzik tradisional masih mendapat sambutan melalui produksi berskala besar.
Pengiktirafan itu diraih menerusi Konsert Legacy 30 dan Konsert Tradisional Gema Bumantara.
Konsert Legacy 30 yang berlangsung pada 10 Januari menarik 72,000 penonton, manakala Gema Bumantara pada 17 Oktober pula disaksikan 73,000 peminat.
Siti menerima pengiktirafan tersebut semasa Majlis Malam Apresiasi Meraikan Kejayaan Konsert Legacy 30 dan Konsert Tradisional Siti Nurhaliza di Pusat Konvensyen KLGCC, Bukit Kiara, lapor Astro Awani.
Beliau menerima pengiktirafan bagi kategori Jumlah Kehadiran Gabungan Tertinggi bagi Dua Konsert Solo di Stadium oleh Artis Rakaman Berbahasa Melayu.
Gema Bumantara turut membawa satu lagi pengiktirafan kepada Siti menerusi Kategori Konsert Muzik Tradisional Solo Terbesar dan Paling Ramai Dihadiri oleh Artis Rakaman Wanita.
Konsert yang berlangsung lebih tiga jam 30 minit itu menampilkan 34 lagu tradisional, sekali gus membawa muzik tradisional dan warisan Nusantara ke pentas berskala besar.
Kejayaan tersebut turut memperlihatkan bahawa muzik tradisional masih mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat apabila dipersembahkan menerusi produksi berskala besar.
Kedua-dua pengiktirafan disampaikan oleh Penasihat Rekod Asean dan Asia, Profesor Abdul Latiff Abu Bakar.
Majlis itu turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan Dr Mohamed Taufiq Johari serta Yang di-Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul.
Turut diraikan ialah para pemuzik, tenaga produksi dan kru di belakang tabir yang terlibat dalam menjayakan kedua-dua konsert tersebut.
Beberapa artis yang terlibat dalam Legacy 30 dan Gema Bumantara, termasuk Noh Salleh, Hafiz Suip, Haziq Rosebi, Umairah dan Odda, turut menghadiri majlis berkenaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.