Aryan Khan bebas dakwaan kes dadah
Agensi antidadah India menggugurkan dakwaan terhadap anak lelaki bintang Bollywood Shah Rukh Khan dalam satu kes dadah.
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: AP
LONDON: Agensi antidadah India menggugurkan dakwaan terhadap anak lelaki bintang Bollywood Shah Rukh Khan dalam satu kes dadah.
Aryan Khan, 24 tahun, diberkas pada Oktober 2021 kerana didakwa terlibat dengan dadah di sebuah pesta.
Biro Kawalan Narkotik (NCB) mendakwa Khan mengikut undang-undang "berkaitan pemilikan, pengambilan dan penjualan bahan haram", lapor BBC.
Pada Jumaat (27 Mei), NCB membebaskan Khan daripada kes tersebut dengan menyatakan "tiada dadah ditemui pada Aryan Khan".
Kertas pertuduhan yang difailkan di mahkamah oleh agensi itu pada Jumaat menamakan 14 tertuduh dalam kes berkenaan tetapi menggugurkan enam individu lain, termasuk Aryan Khan, "dek kekurangan bukti", lapor BBC.
Pada 2 Oktober 2021, para pegawai dari NCB menyerbu sebuah kapal pesiaran. Ia menyatakan pihaknya menerima maklumat bahawa terdapat dadah di atas kapal tersebut.
Para pegawai memeriksa dan menyoal siasat Aryan Khan sebelum dia menaiki kapal tersebut dan akhirnya ditahan oleh NCB.
Khan adalah antara beberapa individu yang ditahan dalam kes dadah itu dan meringkuk di penjara selama hampir tiga minggu. Dia kemudian dibebaskan dengan ikat jamin.
Kes tersebut menggemparkan dan mencetuskan perbualan hangat di media sosial India apabila NCB mendakwa Aryan Khan adalah seorang pengguna dadah dan dia juga membekalkan bahan-bahan terlarang, menurut BBC.
Kes itu menyaksikan beberapa kerumitan. Seorang saksi utama mendakwa dia "dipaksa" untuk menandatangani "kertas kosong" di pejabat NCB berhubung kes tersebut.
Sameer Wankhede, pegawai bertanggungjawab ke atas siasatan kes itu, digugurkan daripada kes tersebut setelah timbul dakwaan mengenai peras ugut.
Pada Jumaat, peguam Khan, Mukul Rohatgi, memberitahu media Shah Rukh Khan berasa lega kerana nama anak lelakinya sudah dibersihkan.

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.