Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Artis popular M'sia Adibah Noor kongsi pengalaman hidap Bell's palsy

Artis serba boleh Malaysia Adibah Noor berkongsi di akaun Instagramnya bahawa beliau sebenarnya mengalami penyakit Bell's palsy.

Anggaran Waktu Membaca:
Artis popular M'sia Adibah Noor kongsi pengalaman hidap Bell's palsy

Adibah Noor. (Gambar: @adibah_noor/Instagram)

Diterbitkan : 24 Dec 2020 04:23PM Dikemas Kini : 24 Dec 2020 04:24PM

KUALA LUMPUR: Artis serba boleh Malaysia Adibah Noor berkongsi di akaun Instagramnya bahawa beliau sebenarnya mengalami penyakit Bell's palsy.

Malah, beliau kini sudah hampir sebulan menjalani rawatan dan terapi untuk merawat penyakitnya itu.

Beliau berkata pada peringkat awal, matanya sangat gatal dan apabila menggosok gigi dan berkumur, air pula terpancut keluar dari mulut.

Selain itu, bibirnya tiba-tiba menebal dan apabila bercakap pula, sebutan huruf S dan P kedengaran amat pelik seolah-olah terdapat slanga.

Pada awalnya, beliau merasakan apa yang berlaku mungkin tidak serius sehinggalah keesokan hari.

"Namun keesokannya, bibir naik sebelah, manakala sebelah lagi tidak apabila tersenyum. Memandangkan hari itu merupakan cuti hujung minggu, jadi saya buat keputusan untuk merujuk kepada doktor pakar pada hari Isnin 30 November.

"Pemeriksaan doktor pakar mengesahkan saya mengalami penyakit Bell’s palsy. Hari itu juga saya dirujuk ke Jabatan Fisioterapi untuk rawatan susulan,” kata penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu kepada Astro AWANI.

Laporan itu menambah Adibah tidak berasa sebarang kesakitan cuma dapat merasakan perbezaan pada wajahnya yang juga jelas kelihatan.

Menurut Adibah, 50 tahun, wajah sebelah kirinya jatuh akibat masalah saraf.

“Kata doktor ada kemungkinan Bell’s palsy berpunca akibat jangkitan virus. Punca kedua juga mungkin disebabkan kandungan gula dalam darah saya yang sangat tinggi, juga boleh menjadi sebab saya dijangkiti Bell’s palsy.

“Namun, saya bersyukur kerana mendapat rawatan awal. Sudah lebih sebulan saya menjalani fisioterapi serta makan ubat yang doktor beri, Alhamdulillah wajah saya semakin pulih,” kata Adibah kepada ASTRO AWANI.

Adibah kini bertekad untuk tidak mengambil gula dalam makanan dan minuman kerana mahu kembali pulih seperti sedia kala.

Kini, selepas lebih 30 hari menjalani rawatan intensif, Adibah sangat gembira dengan perubahan yang dialaminya serta berharap Bell’s palsy yang dihidapi itu akan segera berakhir.

Sumber : Agensi berita/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan