Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Argentina dakwa 5 individu atas kematian anggota One Direction, Liam Payne

Anggaran Waktu Membaca:
Argentina dakwa 5 individu atas kematian anggota One Direction, Liam Payne

Liam Payne di London pada 2019. (Gambar: AFP/TOLGA AKMEN)

Diterbitkan : 31 Dec 2024 01:27PM Dikemas Kini : 31 Dec 2024 01:28PM
BUENOS AIRES: Lima individu didakwa di Argentina atas kematian penyanyi Britain, Liam Payne, yang terjatuh dari balkoni sebuah hotel di Buenos Aires, Argentina pada Oktober lalu selepas meminum arak dan mengambil dadah, kata para pendakwa raya pada Isnin (30 Dis).

Tiga daripada mereka didakwa dengan tuduhan membunuh dan dua lagi membekalkan bekas bintang pop kumpulan One Direction itu dengan dadah, kata pendakwa raya, yang mengenal pasti suspek hanya dengan pangkal nama mereka.

Dua suspek yang membekalkan dadah telah diarahkan supaya ditahan tetapi yang lain telah dibenarkan kekal bebas, kata pendakwa raya.

Payne meninggal dunia pada 16 Okt selepas terjatuh dari balkoni bilik hotel di tingkat tiga Hotel Casa Sur di ibu negara Argentina itu.

Kematian beliau pada usia 31 tahun menggemparkan para peminatnya di merata dunia termasuk keluarga dan bekas rakan kumpulannya, dengan beribu-ribu berkumpul di bandar-bandar merata dunia untuk mengucapkan takziah.

Individu yang tidak disebutkan namanya yang didakwa dengan tuduhan membunuh adalah wakil penyanyi itu akan menemaninya, seorang wanita yang menguruskan hotel tempat Payne meninggal dunia, dan ketua kaunter penyambut tetamu, kata pendakwa raya.

Mereka yang didakwa dengan tuduhan membekalkan Payne dengan dadah adalah seorang pekerja hotel dan seorang pelayan yang Payne temui di tempat lain di bandar tersebut, tambah para pendakwa raya.

Pendakwa raya berkata bulan lalu bahawa Payne telah mengambil kokain, meminum arak dan mengambil ubat bagi mengawal kemurungannya sebelum mati.

Bintang pop itu telah bercakap secara terbuka tentang masalah bergelut dengan penyalahgunaan dadah dan tekanan menangani kemasyhuran sejak kecil.

Pada bulan November, para pegawai Argentina telah mendedahkan tuduhan awal terhadap tiga orang dalam kematian Payne.

Dengan keputusan semalam, ini bermakna lima orang akan dibicarakan.

Salah satu persembahan langsung dengan pendapatan tertinggi di dunia pada tahun 2010-an, One Direction telah memutuskan untuk 'berehat' sejak 2016.

Payne mengecapi kejayaan sebagai artis solo tetapi kerjayanya hambar kebelakangan ini.

Kematian Payne mengundang perdebatan tentang sama ada industri muzik mempunyai kewajipan untuk menjaga kesihatan mental bintang yang menjadi sungguh popular pada usia yang muda.

Penyanyi dari Wolverhampton di bahagian tengah England itu mula-mula menjalani uji bakat untuk rancangan televisyen yang sangat popular "The X Factor" pada usia 14 tahun tetapi tidak berjaya.

Dua tahun kemudian dia menjadi popular dalam rancangan itu, yang menggabungkannya dengan Niall Horan, Harry Styles, Louis Tomlinson dan Zayn Malik untuk menubuhkan One Direction.

Sepanjang tempoh enam tahun kemudian, kumpulan itu meraih kejayaan di peringkat global dan menambat hati ramai peminat, dengan penjualan lima album mereka menjangkaui 70 juta.

Mereka mengadakan empat konsert jelajah dunia dan memenangi hampir 200 anugerah.

Payne meninggalkan anak lelakinya berusia tujuh tahun, Bear, hasil perkongsian hidup dengan bintang Girls Aloud, Cheryl Tweedy.
Sumber : AFP/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan