Skip to main content

Hiburan

Aplikasi 'Threads' alternatif kepada Twitter sedang dibangun META

Anggaran Waktu Membaca:
Aplikasi 'Threads' alternatif kepada Twitter sedang dibangun META

(Gambar: Justin Sullivan/Getty Images/AFP)

Diterbitkan : 05 Jul 2023 02:23PM Dikemas Kini : 05 Jul 2023 02:24PM
WASHINGTON: Seorang Pencipta aplikasi mudah alih Alessandro Paluzzi berkata bahawa syarikat induk Facebook, Meta sedang membangunkan satu alternatif kepada aplikasi Twitter yang dinamakan 'Threads', lapor agensi berita Jerman (dpa).

Encik Paluzzi baru-baru ini menulis di Twitter bahawa klon Twitter yang baru itu sudah berada di Google Play Store.

Namun, aplikasi itu dikatakan tersilap dikeluarkan dan kini tidak boleh didapati lagi.

Walaupun Threads tidak lagi kelihatan di Google Play Store, Encik Paluzzi berjaya memetik tangkapan skrin aplikasi tersebut, yang memberikan gambaran antara muka (interface) pengguna.

Satu tangkapan skrin mendedahkan skrin log masuk aplikasi itu, yang menunjukkan bahawa pengguna mungkin boleh log masuk menggunakan akaun Instagram mereka.

Satu lagi tangkapan skrin memaparkan senarai akaun yang diikuti di Instagram, menunjukkan bahawa pengguna akan ada pilihan untuk mengikuti akaun-akaun itu di Threads.

Aplikasi Threads mempunyai banyak persamaan dari segi fungsi dan estetik dengan Twitter.

Berdasarkan tangkapan skrin, aplikasi tersebut menawarkan kiraan bagi jumlah huruf dan abjad yang digunakan bagi catatan mereka serta ikon yang biasa digunakan untuk mengonsi semula catatan lain, memberikan tanda suka, membalas dan berkongsi hantaran.

Gambar profil pengguna dipaparkan dalam bingkai bulat, malah pengesahan tanda rait biru Instagram juga kelihatan.

Pembangunan Threads sudah dimulakan Meta sejak awal Januari, beroperasi di bawah nama kod "Projek 92".

Menurut ketua pegawai produk Meta, Chris Cox, nama itu disahkan semasa pratonton Threads, di mana beliau menerima maklum balas daripada pencipta dan orang-orang ternama yang inginkan platform yang dapat diurus dengan baik.

Meta bagaimanapun belum lagi mendedahkan tarikh pelancaran rasmi bagi Threads, membuatkan pengguna tertanya-tanya bila mereka boleh menjangkakan alternatif kepada Twitter itu.
 
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita