Skip to main content

Hiburan

Apa khabar mu di sana? Ramlah Ram temui peminat dalam konsert Tahun Baru Esplanade

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Teruja namun berdebar untuk menemui peminat di Singapura.

Begitulah perasaan penyanyi Ramlah Ram menjelang Konsert Tahun Baharu Esplanade, S.A.Y.A.N.G Ramlah Ram – Evolusi Muzik pada 8 malam, 1 Januari.

Konsert sejam setengah itu berlangsung di Dewan Konsert Esplanade itu merupakan konsert solo berskala besar Ramlah sejauh ini.

"Saya ucapkan terima kasih kepada pihak Esplanade kerana memberi saya peluang ini. Debaran itu tetap ada, bagaimana sambutan dan juga respons kerana pertama kali membuat konsert di Singapura," kata beliau kepada wartawan Rosli A Razak.

Ramlah akan mempersembahkan dengan lebih 20 lagu.

"Ramai peminat yang bertanya lagu-lagu apa yang akan saya bawakan. Pastinya, saya akan bawakan lagu-lagu hits saya. Saya akan cuba untuk puaskan hati semua peminat," kata beliau.

Antara lagu-lagu ikonik yang akan beliau persembahkan ialah Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu), S.A.Y.A.N.G, Selamat Jalan Romeo dan Sabarlah Sayang.

Related article image
Menurutnya, persiapan untuk konsert agak singkat, iaitu kira-kira sebulan untuk memilih lagu dan tema.

Beliau akan diiringi tujuh pemuzik dan dua penyanyi latar dan diketuai oleh pengarah muzik, Raja Sham.

"Saya harap para peminat saya dapat mengimbau balik lagu-lagu yang mereka pernah membesar dengan saya dan apa yang penting ialah saya akan cuba berikan persembahan yang terbaik. Saya harap mereka akan merasa puas hati dan seronok," kata beliau.

Tiket bagi ‘Konsert S.A.Y.A.N.G. Ramlah Ram – Evolusi Muzik’ boleh ditempah di laman Sistic dan Esplanade.
Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita