Skip to main content

Hiburan

Anzalna bakal timang cahaya mata 'Eid' kedua pada Syawal

Pelakon Anzalna Nasir mengumumkan beliau sedang sarat menghamilkan anak kedua.

Anggaran Waktu Membaca:
Anzalna bakal timang cahaya mata 'Eid' kedua pada Syawal

Pelakon Anzalna Nasir. (Gambar: Anzalna Nasir/Instagram)

KUALA LUMPUR: Pelakon Anzalna Nasir mengumumkan beliau sedang sarat menghamilkan anak kedua.

Kandungannya itu kini berusia lapan bulan, lapor Malaysiakini.

Anzalna - yang berkongsi khabar gembira itu di akaun Instagramnya pada Ahad (3 Apr) sempena hari pertama bulan suci Ramadan - berkata beliau dan suaminya, Hanif Zaki, bakal menimang cahaya mata pada Aidilfitri nanti.

“Alhamdulillah, Eidrees bakal dapat adik Hari Raya nanti. Another 'Eid' baby (seorang lagi bayi AIdilfitri). Insya-Allah," tulisnya ringkas.

Pelakon drama Memori Cinta Suraya itu turut memohon agar semua mendoakan proses kelahiran bayi keduanya itu nanti dipermudahkan dan diberikan kesihatan yang baik, lapor Malaysiakini.

Sebelum ini, anak sulung Anzalna bernama Eidrees turut dilahirkan dalam bulan Syawal pada 31 Mei 2019.

Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016.

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita