Anugerah Oscar bakal iktiraf seni lagak ngeri mulai 2027
Anggaran Waktu Membaca:

Piala Oscar di Los Angeles pada 26 Feb 2017. (Gambar: Matt Sayles/Invision/AP/Gambar fail)
WASHINGTON: Selepas bertahun-tahun digesa supaya seni lagak ngeri (stunt) menerima pengiktirafan Anugerah Oscar, akademi filem itu akhirnya memutuskan untuk memberinya anugerah secara rasmi.
Pengiktirafan bagi lagak ngeri akan diberikan bermula dengan Anugerah Akademi ke-100, yang akan mengiktiraf filem-filem yang akan ditayangkan pada 2027, menurut akademi filem itu pada Khamis (10 Apr).
"Sejak tahun-tahun awal pawagam, rekaan aksi lagak ngeri sudah menjadi bahagian penting dalam pembikinan filem," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bill Kramer dan Presiden Akademi Janet Yang dalam kenyataan bersama.
"Kami berbesar hati untuk memberi penghormatan kepada kerja inovatif penggiat seni teknikal dan kreatif, dan kami mengucapkan tahniah kepada mereka atas komitmen dan dedikasi mereka mencapai tahap yang penting ini."
David Leitch, yang mengarahkan fimen The Fall Guy, yang diterbitkan sebagai tanda penghormatan kepada pelakon lagak ngeri, membantu menerajui penyampaian anugerah baharu itu.
Encik Leitch memulakan kerjaya beliau sebagai seorang pelakon lagak ngeri bagi bintang-bintang seperti Brad Pitt sebelum beralih ke pembikinan filem yang penuh aksi lagak ngeri seperti John Wick.
Beliau serta penyelaras dan pereka aksi lagak ngeri Chris O'Hara dari Stunts Unlimited membuat pembentangan kepada akademi itu bagi menyokong penambahan anugerah tersebut.
Cabang penerbitan dan teknologi akademi filem mempunyai lebih 100 pelakon aksi lagak ngeri.
Anugerah Oscar juga baru-baru ini menambah anugerah bagi pencapaian dalam pemilihan pelakon (casting), bermula dengan filem-filem yang akan dikeluarkan pada 2025.
Dengan anugerah 'casting' itu, ia tidak jelas sama ada ia akan ditambah ke dalam siaran langsung Anugerah Oscar.

Sumber : AP/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.