Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Anugerah Meletop ERA 2021 ditunda

Ekoran kenaikan jumlah kes harian COVID-19, Astro memutuskan untuk menunda penganjuran Anugerah Meletop ERA 2021 (AME2021) yang sepatutnya diadakan esok (30 Januari) ke satu tarikh baru yang akan diumumkan kelak.

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Ekoran kenaikan jumlah kes harian COVID-19, Astro memutuskan untuk menunda penganjuran Anugerah Meletop ERA 2021 (AME2021) yang sepatutnya diadakan esok (30 Januari) ke satu tarikh baru yang akan diumumkan kelak.

Stesen televisyen satelit pertama negara itu membuat keputusan berat tersebut selepas memikirkan aspek keselamatan dan kesejahteraan setiap mereka yang terlibat dalam mana-mana produksi Astro.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (29 Jan), Astro memaklumkan dalam apa situasi sekalipun, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan yang ditetapkan pihak berkuasa sentiasa menjadi keutamaan stesen berkenaan, lapor Astro AWANI.

Bahkan, Astro juga sentiasa mengambil langkah-langkah proaktif untuk melaksanakan pemeriksaan pra kesihatan dan ujian saringan COVID-19 secara menyeluruh ke atas semua yang terlibat sebelum bermulanya mana-mana program yang diterbitkan.

“Justeru, kami ingin memohon maaf kepada semua yang terlibat terutamanya barisan artis, para penaja, rakan-rakan niaga, penonton khususnya pengundi dan kru produksi di atas kejadian yang tidak diduga dan di luar kawalan kami ini.

“Sekali lagi, ingin ditekankan di sini bahawa keputusan ini telah diambil kerana keselamatan mereka yang terlibat sentiasa menjadi keutamaan kami,” menurut Astro dalam kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan, sebelum acara berlangsung, berdasarkan pemeriksaan pra saringan kesihatan ke atas kesemua yang bakal menyertai produksi AME2021, sejumlah individu dikenal pasti perlu dikecualikan, termasuk mereka yang harus menjalani proses kuarantin kendiri dalam tempoh waktu seperti yang ditetapkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), menurut laporan Astro AWANI lagi.

“Walaupun mereka telah dikesan lebih awal dan tidak dibenarkan masuk ke lokasi rakaman AME2021, kami tetap mengambil langkah lebih berjaga-jaga, dan tidak ingin mengambil sebarang risiko berkenaan dengan keselamatan mana-mana pihak memandangkan statistik harian semakin meningkat,” jelas Astro lagi yang akan memantau situasi semasa dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan kelak.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan