Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Anugerah Grammy ditunda setelah Omicron terus melonjak di AS

Anggaran Waktu Membaca:

WASHINGTON: Akademi Rakaman dan CBS mengumumkan penangguhan Anugerah Grammy ke-64 berikutan kes membabitkan varian Omicron yang terus meningkat di Amerika Syarikat.

Keputusan itu dibuat" menyusuli pertimbangan dan penelitian melibatkan pegawai perbandaran dan wilayah, pakar kesihatan dan keselamatan, masyarakat artis dan rakan kongsi kami," lapor agensi berita Anadolu yang memetik kenyataan bersama oleh Akademi Rakaman dan CBS.

"Kesihatan dan keselamatan mereka dalam industri muzik, penonton serta ratusan kru yang bekerja tanpa lelah untuk menjayakan setiap persembahan kami tetap menjadi keutamaan," menurut kenyataan itu.

"Dengan ketidakpastian akibat varian Omicron, meneruskan acara pada 31 Januari hanya mengundang banyak risiko.

“Kami menanti untuk meraikan Malam Berprestij Muzik pada tarikh yang akan diumumkan tidak lama lagi," menurutnya.

Anugerah Grammy tahun lalu telah ditangguhkan dari Januari sehingga Mac disebabkan oleh kebimbangan terhadap COVID-19 dan hanya dihadiri mereka yang tercalon dengan jumlah penonton yang terhad.

Organisasi dan institusi di seluruh Amerika Syarikat terus mengubah rancangan berikutan peningkatan kes COVID-19.

Syarikat-syarikat di seluruh Amerika Syarikat telah menangguhkan pekerja kembali ke pejabat dan sekolah di kawasan ‘hot spot’ telah kembali kepada sesi pembelajaran secara maya.

Pada Selasa (4 Jan), Amerika Syarikat merekodkan satu juta kes COVID-19 sehari, memecah rekod global, menurut data yang dikumpul oleh Universiti John Hopkins.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan