Anugerah Golden Globes kembali diadakan selepas setahun
Anugerah Golden Globes kembali selepas setahun diboikot gara-gara isu etika dan perkauman.
(Gambar: ETX Studio)
CALIFORNIA: Anugerah Golden Globes kembali selepas setahun diboikot gara-gara isu etika dan perkauman.
Penganjur Hollywood Foreign Press Association dijangka sasar acara itu kembali jadi perhatian, selepas reformasi yang dilaksanakan.
Tahun lalu, ramai bintang dan pemain industri memboikot anugerah berkenaan.
Stesen televisyen NBC turut memilih tidak menyiarkan malam anugerah Golden Globes.
Pelawak Jerrod Carmichael, yang memenangi Anugerah Emmy tahun lepas untuk filem 'Rothaniel' bakal mengacarakan Golden Globes kali ini.
Eddie Murphy dan Ryan Murphy dilaporkan akan dikurniakan dengan anugerah khas.
Barisan penyampai anugerah tahun ini termasuk Ana de Armas yang dicalonkan bagi 'Blonde', dan Jenna Ortega untuk 'Wednesday', manakala Sean Penn akan mengumumkan mesej daripada Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.