Anugerah Golden Globes kembali diadakan pada 2023
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Variety/ Michael Buckner
LOS ANGELES: Anugerah Golden Globes akan kembali ke NBC, jaringan Hollywood Foreign Press Association (HFPA) dan Dick Clark Prods (DCP), menurut Reuters.
Acara itu akan kembali ke Beverly Hilton, Amerika Syarikat dan disiarkan secara langsung melalui NBC dan platform Peacock pada 10 Januari 2023.
NBC membatalkan siaran Golden Globes pada Januari 2022 dengan bantahan dari pelakon dan studio Hollywood ekoran tindak balas terhadap pelanggaran etik dari penganjur HFPA.
HFPA baru-baru ini mengumumkan bahawa pihaknya menambah 103 pengundi baru ke dalam senarai anggotanya, yang sebelum ini hanya terdapat sekitar 80 anggota.
Pengundi dibawa dari luar Amerika Syarikat buat pertama kalinya.
Menurut HFPA, kumpulan pengundi buat Anugerah Golden Globes kini 52 peratus wanita, 51.5 peratus dari pelbagai kaum dan etnik, termasuk 19.5 peratus orang Latin, 12 peratus dari Asia, 10 peratus dari Afrika dan 10 peratus dari Timur Tengah.
"Kami akur terhadap komitmen HFPA untuk melakukan perubahan dan berharap dapat menyambut kembali Golden Globes ke NBC yang bersejarah pada Januari 2023," ujar Frances Berwick, ketua jaringan hiburan NBC Universal Television & Streaming.
Pencalonan untuk Anugerah Golden Globes akan diumumkan pada 12 Disember. Eldridge Industries kini mengambil alih pelaksanaan Anugerah Golden Globes.

Sumber : Reuters/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.