Skip to main content

Hiburan

Anugerah Akademi: Green Book diiktiraf Filem Terbaik

Filem terbaik Anugerah Oscar tahun ini dimenangi Green Book, yang sekali gus menewaskan tujuh filem lain termasuk Black Panther dan Bohemian Rhapsody.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 25 Feb 2019 05:35PM Dikemas Kini : 25 Feb 2019 10:01PM

AMERIKA SYARIKAT: Filem terbaik Anugerah Oscar tahun ini dimenangi Green Book, yang sekali gus menewaskan tujuh filem lain termasuk Black Panther dan Bohemian Rhapsody.

Filem komedi tentang hak sivil itu mengisahkan seorang pemain piano berkulit hitam yang berkawan dengan pemandu kulit putih dan menjelajah Amerika Selatan pada tahun 1960-an.

Anugerah pelakon lelaki terbaik jatuh kepada Rami Malek bagi filem Bohemian Rhapsody manakala anugerah pelakon wanita terbaik disandang Olivia Colman bagi filem The Favourite.

Filem animasi terbaik pula dimenangi Spider-Man: Into the Spider Verse.

Anugerah Akademi ke-91 tersebut berlangsung di tengah-tengah pelbagai kontroversi. Antaranya, satu percubaan untuk memendekkan acara itu kepada tiga jam dan buat julung-julung kalinya dalam masa tiga dekad, diadakan tanpa seorang hos.

SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH AKADEMI KE-91

Filem Terbaik: Green Book

Pengarah Terbaik: Alfonso Cuaron – Roma

Pelakon Lelaki Terbaik: Rami Malek – Bohemian Rhapsody

Pelakon Wanita Terbaik: Olivia Colman – The Favourite

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Mahershala Ali – Green Book

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Regina King – If Beale Street Could Talk

Lakon Layar Asal Terbaik: Nick Vallelonga, Brian Hayes Curie & Peter Farrelly – Green Book

Lakon Layar Adaptasi Terbaik: Charlie Wachtel, David Rabinowitz, Kevin Willmott & Spike Lee – BlacKkKlansman

Filem Animasi Terbaik: Spider-Man: Into The Spider-Verse

Filem Bahasa Asing Terbaik: Roma (Mexico)

Sinematografi Terbaik: Alfonso Cuaron – Roma

Rekaan Kostum Terbaik: Black Panther

Rekaan Produksi Terbaik: Black Panther

Solekan dan Penggayaan Rambut Terbaik: Vice

Adunan Bunyi Terbaik: Bohemian Rhapsody

Suntingan Filem Terbaik: Bohemian Rhapsody

Suntingan Bunyi Terbaik: Bohemian Rhapsody

Kesan Visual Terbaik: First Man

Lagu Asal Terbaik: Lady Gaga, Mark Ronson, Anthony Rossomondo & Andrew Wyatt – Shallow (A Star Is Born)

Skor Muzik Asal Terbaik: Ludwig Goransson – Black Panther

Filem Animasi Pendek Terbaik: Bao

Filem Pendek Terbaik: Skin

Filem Dokumentari Terbaik: Free Solo

Filem Dokumentari Pendek Terbaik: Period. End of Sentence. 

Sumber : AFP/FZ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita