Anugerah 2026: Alumni Anugerah titip nasihat buat para finalis jelang peringkat akhir
Anggaran Waktu Membaca:
Juara Anugerah 2003, Eka Mairina (kiri), dan juara edisi 2009, Sarah Aqilah (kanan). (Gambar: Aqil Ezat)
Anugerah 2026: Anugerah alumni offer advice to finalists ahead of the final
- The Anugerah 2026 final takes place on 27 October, with a live broadcast on Suria and mewatch from 8.30pm; the champion will receive S$25,000.
- Alfan Ryan, BANIE, Nada Fitri, Izzan Adlan and Farras Qushayyi compete in solo performances and duets with alumni, before three contestants are eliminated and two advance to the ‘Face off’ round.
- Anugerah 2003 champion Eka Mairina and 2009 edition champion Sarah Aqilah teamed up with the finalists and advised them to value the experience, show their best and enjoy their performances while interacting with the audience.
- Both alumni hope the competition experience, exposure and performance opportunities will boost the finalists’ confidence, hone their talent and help them build careers in the music industry.
- Peringkat akhir Anugerah 2026 berlangsung pada 27 Oktober, dengan siaran langsung di Suria dan mewatch mulai 8.30 malam; juara bakal menerima S$25,000.
- Alfan Ryan, BANIE, Nada Fitri, Izzan Adlan dan Farras Qushayyi bertanding melalui persembahan solo serta duet bersama alumni, sebelum tiga peserta tersingkir dan dua akan mara ke pusingan 'Face off'.
- Juara Anugerah 2003, Eka Mairina dan juara edisi 2009, Sarah Aqilah berganding dengan finalis serta menasihati mereka supaya menghargai pengalaman, menunjukkan kemampuan terbaik dan menikmati persembahan sambil berinteraksi dengan penonton.
- Kedua-dua alumni berharap pengalaman pertandingan, pendedahan dan peluang membuat persembahan dapat meningkatkan keyakinan finalis, mengasah bakat serta membantu mereka membina kerjaya dalam industri muzik.
SINGAPURA: Debaran kian memuncak menjelang peringkat akhir Anugerah 2026 malam ini (27 Okt).
Lima finalis bakal bertarung untuk merebut gelaran juara pertandingan tersebut.
Buat kali pertama, para finalis yang terdiri daripada Alfan Ryan, BANIE, Nada Fitri, Izzan Adlan dan Farras Qushayyi bakal berentap dalam dua pusingan iaitu solo dan duet bersama alumni Anugerah.
Hanya dua peserta akan melangkah ke pusingan terakhir, iaitu pusingan 'Face off'.
Tiga finalis bakal disingkirkan, sebelum dua peserta terakhir berentap dalam pusingan penentuan untuk merebut gelaran juara Anugerah 2026.
Di antara alumni yang akan berganding bahu bersama para finalis adalah juara Anugerah 2003, Eka Mairina, dan juara edisi 2009, Sarah Aqilah.
Berbekalkan pengalaman masing-masing, mereka turut menitipkan nasihat kepada kelima-lima finalis.
Menurut Eka Mairina, pengalaman selama 10 minggu ini sangat berharga dan nilainya sangat mahal.
Beliau menasihatkan supaya mereka tidak mensia-siakan pengalaman tersebut dan berharap mereka akan menjadi pemuzik yang hebat pada masa depan.
"Yang ingin saya sampaikan adalah anda semua, kelima-lima finalis adalah peserta yang terbaik daripada musim ini. Jadi saya harapkan semoga anda semuanya berbangga dan akan dapat menunjukkan versi terbaik diri anda" tambahnya.
Bagi Sarah Aqilah pula, beliau berharap para finalis dapat menikmati masa mereka di atas pentas nanti.
"Mereka sudah bertungkus lumus untuk berada di peringkat akhir ini, berseronoklah. Saya rasa mereka akan buat yang terbaik untuk malam ini. Untuk saya, yang paling penting adalah untuk berseronok dan juga dapat berinteraksi dengan penonton," tambahnya.
Menang atau kalah, kedua-dua alumni Anugerah itu berharap pengalaman yang diraih dapat menjadi bekalan berharga buat para finalis untuk terus mengasah bakat dan membina kerjaya mereka dalam industri muzik.
"Mungkin dengan lebih banyak pendedahan, dengan bergiat lagi banyak di atas pentas, mereka dapat membina keyakinan diri mereka untuk membina kerjaya mereka pada masa depan", ujar Sarah Aqilah.
Juara kali ini bakal membawa pulang hadiah wang tunai S$25,000.
Anda boleh saksikan peringkat akhir Anugerah 2026 secara langsung di saluran Suria dan mewatch pada pukul 8.30 malam.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.