ANUGERAH 2026: Akif Halqi, Falisha Mustafa berusaha lebih keras tambat hati juri
Anggaran Waktu Membaca:
Peserta Anugerah 2026 Akif Halqi dan Falisha Mustafa. (Gambar: Mediacorp)
ANUGERAH 2026: Akif Halqi, Falisha Mustafa work harder to win over the judges
- Audience voting once again influenced the Anugerah 2026 competition in Singapore, as several contestants with low scores, including Akif Halqi and Falisha Mustafa, were saved from elimination.
- Akif, 30, who placed sixth overall based on the voting, practises three to four hours a day to perform Lemak Manis in a gentler traditional style.
- Falisha, 22, was touched by fans' support after spending two weeks in the bottom group, and chose the song Canggung to show a more cheerful side of herself.
- On Tuesday night, Sep 22, eight contestants will perform traditional songs to win over viewers and the judges, including guest judge Sufi Rashid.
- Undian penonton sekali lagi mempengaruhi saingan Anugerah 2026 di Singapura apabila beberapa peserta bermarkah rendah, termasuk Akif Halqi dan Falisha Mustafa, terselamat daripada penyingkiran.
- Akif, 30 tahun, yang menduduki tempat keenam keseluruhan hasil undian, berlatih tiga hingga empat jam sehari untuk membawakan Lemak Manis dengan gaya tradisional lebih lembut.
- Falisha, 22 tahun, terharu dengan sokongan peminat selepas dua minggu berada dalam kelompok tercorot, lalu memilih lagu Canggung untuk menunjukkan sisi lebih ceria.
- Pada Selasa malam, 22 September, lapan peserta akan mempersembahkan lagu tradisional bagi memikat penonton serta juri, termasuk juri undangan Sufi Rashid.
SINGAPURA: Kuasa undian penonton sekali lagi mencuri perhatian apabila beberapa peserta yang sebelum ini berdepan risiko penyingkiran berjaya meneruskan saingan.
Malah, ada yang juga yang mencatat peningkatan dalam kedudukan keseluruhan dek jumlah undian tinggi.
AKIF HALQI KERAH TENAGA, ASAH LENGGOK DEMI BAWAKAN LAGU ‘LEMAK MANIS’
Antara yang telah bekerja lebih keras untuk memperbaiki prestasi minggu ini ialah Akif Halqi, 30 tahun.

Akif berlatih menyanyi sekurang-kurang tiga hingga empat jam setiap hari untuk mengasah lenggok nyanyiannya.
Manakan tidak, Akif berada dalam kedudukan empat peserta dengan markah terendah.
Mujur, disebabkan jumlah undian yang diterimanya, dia berada di kedudukan keenam secara keseluruhannya, sekali gus terselamat daripada disingkirkan.
Bagaimanapun, tidak berpeluk tubuh untuk persembahan minggu ini.
Akif akan membawakan lagu 'Lemak Manis' nyanyian asal Roslan Madun.

"Memang saya akan menunjukkan personaliti saya yang berlainan. Kalau nak sesuaikan dalam bidang tradisional, mesti lembutkan sedikit tarian saya. Saya selalu duduk 'hip hop'. Jadi mungkin lengguknya lain sedikit, lemah lembut. Jadi semuanya berbeza. Jadi Insya Allah semua akan terhiburlah," kongsi Akif.
Akif di kalangan lapan peserta yang akan beraksi dalam minggu keempat Anugerah 2026 pada Selasa malam (22 Sep).
FALISHA MUSTAFA TERHARU DAPAT SOKONGAN PADU PEMINAT
Tuah jelas memihak kepada Falisha Mustafa sekali lagi selepas beliau berjaya mengelak satu lagi penyingkiran di pentas Anugerah.

Meskipun dalam kelompok empat peserta dengan markah terendah selama dua minggu berturut-turut, Falisha juga berjaya diselamatkan daripada tersingkir, hasil undian orang ramai.
Meskipun akur berasa agak tertekan, Falisha tetap bertekad untuk menyerlahkan kelebihan dan bakatnya.
Falisha berkata: "Saya melihat ini sebagai satu peluang untuk saya memperbaiki diri saya dari seminggu yang lepas. Sampai hari ini saya rasa amat terharu. Ada juga orang yang datang kepada saya yang mungkin kenal saya jadi saya rasa sangat terharulah. Setiap episod ada ramai orang yang tengok di media sosial untuk sokong saya. "
Falisha yang berusia 22 tahun, akan membawakan lagu 'Çanggung', oleh penyanyi Wany Hasrita.
"Saya memilih lagu ini kerana lagunya rancak dan, saya rasa pada minggu yang lepas saya selalu membawa lagu yang sangat sedih jadi saya nak para penonton melihat saya dari sudut berbeza malam ini saya akan joget sedikit lah joget sedikit, dan lebih ceria di atas pentas," tambah Falisha.
Selain itu, Falisha juga menjanjikan penguasaan pentas yang lebih yakin dan baik, selepas mengambil kira komen para juri bagi persembahannya minggu lalu.
Para peserta Anugerah akan menyampaikan lagu-lagu genre tradisional malam ini, dalam usaha memikat hati penonton dan barisan juri termasuk juri undangan - penyanyi Sufi Rashid.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.