Anuar Zain ikut misi kemanusiaan ke Syria
KUALA LUMPUR: Penampilan terbaru penyanyi popular, Anuar Zain dengan berambut pendek ketika di perkarangan lapangan terbang sebelum berangkat ke Syria menarik perhatian netizen.
Dalam catatan di Instagram, Anuar yang berbaju merah diiringi oleh ahli keluarga dan kenalannya kelihatan ceria sebelum memulakan misi kemanusiaan bersama Syria Care untuk Kempen Ramadan Al Khair 10.0, lapor Astro AWANI.
"Terima kasih hantar ke airport. Jumpa kalian dalam masa terdekat nanti," tulis Anuar.
Di ruangan komen, rata-ratanya memuji keterampilan pelantun lagu Lelaki Ini yang nampak lebih kemas dengan imej rambut pendeknya.
"Alamak. Rambut K-pop. Be safe, next time I'll join you!
"Wah dah potong rambutlah...
"Rambut baru... safe flight.
"Nice haircut. Semoga dipermudahkan di sana," tulis beberapa pengguna di Instagram Anuar.
Menurut Astro AWANI, dalam misi berkenaan, Syria Care akan ke beberapa lokasi di Lubnan antaranya Tripoli dan Arsal yang mempunyai ramai pelarian Syria yang hidup dalam keadaan daif.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.