Skip to main content

Hiburan

Anuar Zain beri amaran penipu menyamar sebagai dirinya

Anggaran Waktu Membaca:
Anuar Zain beri amaran penipu menyamar sebagai dirinya

Gambar: anuarzain70/Instagram

Diterbitkan : 13 Apr 2024 05:27PM Dikemas Kini : 13 Apr 2024 05:31PM
KUALA LUMPUR: Penyanyi Anuar Zain memberi amaran kepada peminat supaya tidak mudah terpedaya dengan pihak yang menyamar sebagai dirinya.

Pesan Anuar, jika mereka berdepan dengan situasi mencurigakan dalam media sosial ataupun aplikasi tertentu, perkara itu hendaklah dilaporkan segera kepada pihak berkuasa.

"Hati-hati dengan 'scammer' yang muncul dengan pelbagai cara.

"Pastikan anda tidak terpedaya dengan 'scammer' terutamanya yang membabitkan wang ringgit!

"Kami ingin menegaskan bahawa Anuar Zain tidak mempunyai akaun FB, IG, TELEGRAM, TWITTER, selain daripada FB @anuarzainnetwork, IG @anuarzainnetwork @anuarzain70, Tik Tok @anuarzainnetwork dan Telegram https://t.me/anuarzainnetwork.

"Pada sesiapa yang terpedaya dengan 'scammer' yang sedang aktif menjalankan aktiviti, anda dinasihatkan untuk terus membuat laporan polis, sekat dan laporkan nombor tersebut dengan secepatnya," tulisnya menerusi perkongsian di Instagram Story, dipetik daripada agensi berita BH Online.

Dalam pada itu, Anuar turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang melaporkan kes penyamaran itu kepada pihak pengurusannya.

"Terima kasih pada mereka yang cepat bertindak dengan menghubungi pihak pengurusan sebelum terus terpedaya dengan scammer," kata penyanyi 'Andainya Takdir' itu, lapor BH Online.

Melalui catatan yang sama, adik kepada penyanyi Ziana Zain itu turut berkongsi tangkapan skrin mesej yang memaparkan perbualan penjenayah siber terbabit dengan mangsa yang dikirimkan kepadanya.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita