Skip to main content

Hiburan

Annuar Musa beri 'peringatan mesra' kepada penggiat seni belum disuntik vaksin COVID-19

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Annuar Musa, pada Khamis (11 Nov) memberi 'peringatan mesra' kepada penggiat seni yang belum menerima suntikan vaksin COVID-19 supaya segera berbuat demikian dan seterusnya kembali berkarya.

Anggaran Waktu Membaca:
Annuar Musa beri 'peringatan mesra' kepada penggiat seni belum disuntik vaksin COVID-19

Encik Annuar Musa. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 13 Nov 2021 12:20PM Dikemas Kini : 13 Nov 2021 12:23PM

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Annuar Musa, pada Khamis (11 Nov) memberi 'peringatan mesra' kepada penggiat seni yang belum menerima suntikan vaksin COVID-19 supaya segera berbuat demikian dan seterusnya kembali berkarya.

Beliau berkata ini adalah ikhtiar bagi melindungi diri mereka daripada jangkitan virus berbahaya itu kerana suntikan vaksin dapat mengurangkan kebolehjangkitan kepada orang lain.

"Kita kena hidup dengan COVID-19 dan jangan (sampai) COVID-19 menghalang kita daripada membuat penggambaran, kita tak boleh buat pertunjukan pentas, menyanyi dan sebagainya.

"Kita kembali ke kehidupan yang biasa sebab ikhtiar sudah buat. Kerajaan sudah buat tapi kalau kita sendiri tak hendak ambil (vaksin COVID-19) maka kita akan menanggung risiko," katanya ketika merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Program Keluarga Malaysia Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di Kuala Lumpur kelmarin.

Di majlis itu, Encik Annuar menyampaikan sumbangan kepada 45 artis veteran.

Turut hadir Pengerusi FINAS Zakaria Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS Profesor, Dr Md Nasir Ibrahim, dan Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Mastura Ahmad Mustafa.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita