Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Anita Sarawak baik-baik saja di Las Vegas, kata Noor Kumalasari

Anggaran Waktu Membaca:

BANGI: Pelakon legenda, Noor Kumalasari memaklumkan kakaknya, Anita Sarawak yang bermastautin di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) berada dalam keadaan baik.

Noor Kumalasari, 66 tahun, turut menafikan dakwaan Anita kini mengalami masalah kesihatan, lapor Harian Metro.

"Saya ada juga mendengar khabar angin begitu, tapi dia sebenarnya dalam keadaan baik dan tak sakit seperti didakwa," katanya ketika ditemui pada forum Antara Cantik dan Bakat : Di Manakah Magis Pengukuh Kredibiliti? di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pada Isnin (14 Nov).

Forum yang bertujuan menyemarak penganjuran Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-32, bulan depan, dianjurkan Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, UKM.

Noor Kumalasari berkata, beliau sudah lama tidak berhubung dengan Anita.

Menurut Noor Kumalasari, Anita lebih banyak berhubung dengan kakak sulung mereka bagi memaklumkan keadaan terkininya, lapor Harian Metro.

"Mungkin sebab dia tahu saya banyak berhubung dengan rakan-rakan media, jadi dia lebih selesa untuk berhubung dengan kakak sulung saya."

"Apa yang pasti, Anita dalam keadaan baik bersama suami di Las Vegas," katanya, menurut Harian Metro.

Pihak media sebelum ini melaporkan Anita sudah meninggalkan kerjaya nyanyian dan kini lebih banyak menghabiskan masa di rumah.
 
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan