Anggota kumpulan K-pop Astro, Moonbin, meninggal dunia pada usia 25 tahun
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: AFP
SEOUL: Anggota kumpulan K-pop Astro, Moonbin, 25 tahun, disahkan meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya di Seoul pada malam Rabu (19 Apr).
Balai Polis Gangnam, Seoul, melaporkan penyanyi berkenaan disahkan meninggal dunia pada jam 8.10 malam waktu tempatan pada Rabu malam.
Mayat penyanyi itu ditemui di kediamannya di Gangnam oleh pengurusnya, yang kemudian segera menghubungi polis.
Polis dalam kenyataannya tidak menafikan penyanyi itu membunuh diri.
Bagaimanapun, punca sebenar kematiannya akan ditentukan jika bedah siasat perlu dilakukan.
"Buat masa sekarang, kami masih berbincang kemungkinan untuk buat autopsi bagi mencari punca sebenar kematian itu," katanya.
Moonbin sepatutnya mengadakan persembahan acara Dream Concert yang diadakan di beberapa lokasi bersama Sanha.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.