Skip to main content

Hiburan

Anggota BigBang gabung bagi persembahan pertama dalam tempoh 7 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
Anggota BigBang gabung bagi persembahan pertama dalam tempoh 7 tahun

Dari kiri: Daesung, Taeyang and G-Dragon. (Photo: Instagram/__youngbae__)

Diterbitkan : 03 Sep 2024 12:00AM
SEOUL: 2024 terus menjadi tahun yang baik buat para peminat generasi kedua K-pop. Beberapa bulan setelah kumpulan wanita 2NE1 mengumumkan akan bergabung semula bagi sebuah konsert jelajah, kumpulan lelaki kegemaran ramai BigBang kini bergabung di atas pentas buat kali pertama dalam tempoh tujuh tahun.

Pertemuan semula yang lama dinanti-nantikan itu itu berlaku pada konsert solo 'The Light Year' oleh Taeyang, salah seorang anggotanya, di Seoul, Korea Selatan pada Ahad (1 Sep).

Lelaki berusia 36 tahun itu menyanyikan lagu hit BigBang We Like 2 Party, bersama rakan kumpulan Daesung.

Selepas menyanyikan beberapa ayat lagu itu, mereka berdua tiba-tiba berjalan kembali ke pentas utama dan membawa keluar ketua BigBang, G-Dragon – menyebabkan ramai peminat menjerit.

Ketiga-tiganya yang kini bersatu semula kemudian menghabiskan lagu We Like 2 Party. Selepas itu, G-Dragon kekal di atas pentas untuk menyanyikan lagu Good Boy, bersama Taeyang.

Konsert itu menandakan persembahan pertama G-Dragon di atas pentas selepas tujuh tahun.

Pada asalnya sebuah kumpulan lima anggota, BigBang kemudian menjadi kumpulan tiga ahli, berikutan pemergian Seungri pada 2019 kerana penglibatannya dalam skandal Burning Sun dan pengesahan TOP menarik diri pada 2023.

Keluaran terakhir hasil rakaman kumpulan itu ialah Still Life 2022 yang turut menandakan lagu terakhir TOP bersama BigBang.

Bagaimanapun, kumpulan itu tidak mempersembahkan lagu itu di atas pentas atau di pertunjukan muzik.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita