Skip to main content

Hiburan

Andrew Garfield sangkal khabar angin berlakon dalam filem terbaru Spiderman

Pelakon Hollywood Andrew Garfield menyangkal khabar angin yang mendakwa dia beraksi dalam filem Spider-Man: No Way Home.

Anggaran Waktu Membaca:

LOS ANGELES: Pelakon Hollywood Andrew Garfield menyangkal khabar angin yang mendakwa dia beraksi dalam filem Spider-Man: No Way Home.

Ini menyusuli penularan satu gambar yang menunjukkan Garfield berada di set penggambaran filem tersebut.

Garfield yang menjawab soal hos Jimmy Fallon dalam rancangan 'The Tonight Show Starring Jimmy Fallon', berkata bahawa gambar itu adalah palsu.

"Saya tidak yakin mengenai hal itu (foto tular)," katanya.

"Saya mengetahui tentang (foto) itu, dan saya sudah melihatnya, ia (hasil edit) photoshop," katanya dalam rancangan tersebut pada Isnin (13 Sep).

Garfield juga berkongsi bahawa dia sudah menonton 'trailer' filem Spider-Man: No Way Home. Dia sangat teruja dan merasakan bahawa Tom Holland adalah pelakon yang tepat untuk melakonkan Peter Parker.

Sebelum ini, beberapa gambar yang memaparkan Garfield dan pelakon Tobey Maguire memakai kostum Spider-Man tular di Internet.

Mereka berdua kelihatan sedang berbincang di suatu tempat. Justeru, ia mengukuhkan lagi andaian bahawa kedua-dua pelakon itu akan kembali membintangi watak sebagai Spider-Man dalam filem Spider-Man: No Way Home.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita