Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Anak Yasin Sulaiman lepaskan rindu, bertemu bapa di mahkamah

Anggaran Waktu Membaca:
 Anak Yasin Sulaiman lepaskan rindu, bertemu bapa di mahkamah

Gambar: Instagram/@yasinsulaiman

Diterbitkan : 23 Jun 2022 04:48PM Dikemas Kini : 23 Jun 2022 04:48PM
PETALING JAYA: Anak kepada penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman, Malaika, 14 tahun, dilihat gembira ketika dapat bertemu dengan bapanya selepas sesi sebutan semula kesnya di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam (22 Jun).

Kegembiraan dua beranak itu dirakam menerusi gambar yang dikongsi di akaun Instagram (IG) milik Yasin, lapor Astro Gempak.

Menerusi hantaran berkenaan, IG yang diuruskan oleh keluarganya itu memaklumkan laporan kimia sudah selesai dan sebutan kes akan berlangsung pada 6 Julai depan.

"Hari ini sebutan kes Yasin di mahkamah. Alhamdulillah laporan kimia sudah siap dan tarikh mahkamah yang seterusnya ialah pada 6 Julai, dua minggu dari semalam (22 Jun)".
"Rambut Yasin digunting oleh Barber Shop Hafis Kedah, rakan tahanan di Sg Buloh," tulis keterangan yang dikongsikan dalam kapsyen itu.

Kemas kini itu mendapat perhatian pengikut media sosial yang memberi pelbagai reaksi, seperti dinukil Astro Gempak.

“Alhamdulilah terubat rindu anak dan bapa,” komen salah seorang pengikutnya.

“Sedihnya… I know you're strong,” luah salah seorang warga net.

Muhammad Yasin didakwa di Mahkamah Majistret, pada 31 Mac lalu, atas tuduhan mengedar dadah jenis ganja anggaran berat 214 gram di kediamannya.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah unit kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara di Petaling Jaya, pada pukul 5.30 petang, 24 Mac lalu, lapor Astro Gempak.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan sekiranya tidak dihukum mati hendaklah disebat maksimum 15 sebatan, jika sabit kesalahan.
Sumber : Agensi berita/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa