Skip to main content

Hiburan

Anak, suami sahkan Nadia Kesuma meninggal dunia di Jeddah

Anggaran Waktu Membaca:
Anak, suami sahkan Nadia Kesuma meninggal dunia di Jeddah
(Gambar: Facebook)
Diterbitkan : 18 Jan 2026 10:52AM Dikemas Kini : 18 Jan 2026 10:55AM
JEDDAH: Tanda tanya mengenai kehilangan pelakon Nadia Kesuma sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah terungkai apabila wanita itu dilaporkan sudah meninggal dunia akibat sakit jantung pada Khamis lalu (15 Jan).

Perkara itu disahkan anak perempuannya, menerusi Threads pada Ahad (18 Jan) apabila memaklumkan yang ibunya meninggal akibat sakit jantung, lapor Astro AWANI.

“Assalamualaikum semua, saya ingin memaklumkan bahawa mama saya, Nadiah Kasumawati Abdul Karim telah pun kembali ke Rahmatullah pada 15 Januari lalu (Khamis) kira-kira pukul 8.05 pagi.

“Terima kasih kepada kalian yang tidak berhenti menitipkan doa buat mama. Mohon doakan arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, diampunkan segala dosanya dan dirahmati Allah.

“Arwah meninggal disebabkan sakit jantung dan kemudiannya telah dibawa ke hospital pada hari yang sama arwah tiba di Lapangan Terbang Jeddah.

“Tiada pihak yang memaklumkan kepada kami sekeluarga tentang keadaan arwah sehinggalah malam ini pada pukul 11.10 malam. Berita tersebut disampaikan oleh agensi pelancongan itu sendiri,” tulisnya, seperti ditukil Astro Gempak.
Perkara itu turut disahkan suami arwah, Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah dan sahabat baiknya pelakon Anne Abdullah menerusi media sosial masing-masing.

Awal sebelum itu, Nadia Kesuma atau nama sebenarnya, Nadiah Kasumawati Abdul Karim, 49 tahun, yang membintangi filem Syaitan Munafik dan Kudeta dilaporkan hilang tanpa dapat dikesan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah pada Rabu lalu, menurut laporan Astro Gempak.

Beliau adalah antara 21 peserta yang menyertai kumpulan umrah dan ziarah bersama sebuah agensi pelancongan bermula dari 14 hingga 28 Januari ini.
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita