Skip to main content

Hiburan

Anak saudara Siti Nurhaliza menang pingat emas dalam pertandingan menyanyi antarabangsa

Anggaran Waktu Membaca:
Anak saudara Siti Nurhaliza menang pingat emas dalam pertandingan menyanyi antarabangsa

(Gambar: Instagram/umairah_sairahtarudin)

KUALA LUMPUR: Anak saudara penyanyi tersohor Siti Nurhaliza, Ummi Umairah Saiful Anuar, mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa apabila memenangi pingat emas pada pertandingan 'World Championships of Performing Arts' (WCOPA) ke-27, di Long Beach Performing Arts Center, California, Amerika Syarikat, pada Sabtu (6 Jul).

Ummi Umairah, 13 tahun, yang lebih mesra disapa sebagai Umai, memenangi pingat itu menerusi kategori Vokalis Kejohanan Remaja 2024, dengan menewaskan empat peserta lain termasuk dari Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Afrika Selatan.

Pada pentas final tersebut, Umai mempertaruhkan lagu 'A Natural Woman' nyanyian asal Aretha Franklin.

Berita kejayaan itu dikongsikan oleh Umai di Instagram miliknya, @umairah_sairahtarudin.

“Kemenangan ini untuk anda semua. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat,” tulis anak kepada penyanyi Siti Saerah itu.

Sementara itu, Siti Nurhaliza turut berkongsi video nyanyian Umai berserta kapsyen "berserah" selain turut meninggalkan komen di Instagram milik Umai.

“Tahniah Umai! Berjaya bawa pulang emas dan mengharumkan nama Malaysia,” katanya ringkas dalam video berdurasi lebih kurang seminit itu.

Awal dari itu, pada saringan pertama, Umai bersaing dalam lima kategori, iaitu Kontemporari, Terbuka, R&B, Dunia dan Kepelbagaian atau 'Variety', sebelum berentap di peringkat separuh akhir menerusi kategori R&B, yang seterusnya membawa remaja itu ke peringkat akhir bagi kategori 13 hingga 15 tahun. 
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita