Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Anak saudara Michael Jackson bakal berlakon dalam filem biopik 'Michael'

Anggaran Waktu Membaca:
Anak saudara Michael Jackson bakal berlakon dalam filem biopik 'Michael'

(Gambar; Instagram/jaafarjackson)

LOS ANGELES: Kalau sudah namanya anak saudara, tentu sekali banyak persamaan dapat dikesan pada wajah dan sosok tubuh dua individu itu.

Justeru, usaha syarikat produksi Hollywood untuk menerbitkan filem biografi (biopik) seniman legenda Michael Jackson dipermudahkan dengan adanya pewaris seni Raja Pop dunia itu.

Jaafar Jackson yang juga anak saudara kepada Michael akan memegang watak utama dalam filem arahan Antoine Fuqua dan diterbitkan oleh Graham King itu.

Berusia 28 tahun, Jaafar merupakan anak kepada Jermaine Jackson iaitu abang Michael Jackson, lapor Astro Awani.

Jaafar mengikut jejak langkah bapa serta bapa saudaranya, Michael dan ibu saudaranya, Janet Jackson sebagai penyanyi dan penari di Hollywood.

Selain watak utama Michael, pihak produksi juga sudah mengenal pasti pelakon-pelakon lain untuk memegang watak adik-beradik Michael yang pernah dikenali sebagai Jackson 5 iaitu Jermaine, Marlon, Tito dan Jackie Jackson pada pelbagai peringkat umur.

Biopik “Michael” tidak hanya akan mengisahkan mengenai sisi hidup Michael semata-mata, sebaliknya, Jackson 5 yang menjadi platform awal kemasyhuran Michael juga akan kembali ‘dijelmakan.’

Menurut laporan Astro Awani, selain Jaafar yang memegang watak Raja Pop, pelakon Juliano Krue Valdi pula akan memegang watak Michael pada usia muda.

"Naskhah sebenar filem ini memerlukan sejumlah 10 pelakon dengan bakat untuk menggambarkan Jackson 5 sepanjang tahun.

"Saya sangat teruja untuk membawa kumpulan pelakon dan penghibur yang luar biasa ini kepada penonton di seluruh dunia dalam filem ini," kata King semasa mengumumkan senarai pelakon filem "Michael."

“Michael” yang dijangka ditayangkan di pawagam pada 18 April 2025, kini sedang menjalani penggambaran.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan