Skip to main content

Hiburan

Anak David Beckham kahwin anak jutawan

Anggaran Waktu Membaca:
Anak David Beckham kahwin anak jutawan

Gambar: Agensi berita/ MalaysiaGazette

LONDON: Anak sulung pasangan selebriti David dan Victoria Beckham, Brooklyn dan pelakon Nicola Peltz bergelar suami isteri dalam satu majlis perkahwinan penuh berprestij di Florida, Amerika Syarikat pada Ahad (10 April), lapor MalaysiaGazette menukil The Sun.

Laporan itu menyatakan, majlis perkahwinan pasangan mempelai Brooklyn, 23, dan Peltz, 27, berlangsung di rumah agam milik keluarga Peltz di Palm Beach, dengan belanja sekitar £3 juta (S$5.33 juta).

Peltz, merupakan anak kepada jutawan, Nelson Peltz.

Pasangan itu bertukar ikrar di hadapan seorang rabbi di bawah chuppah yang dihias bunga dalam upacara tradisional Yahudi sebagai penghormatan kepada warisan Yahudi Peltz.

Seiring dengan tradisi, Brooklyn kemudian memecahkan kaca yang dibalut dengan kain menggunakan tumitnya selepas dia dan pelakon filem The Last Airbender itu sah berkahwin.

Tambah laporan MalaysiaGazette itu lagi, majlis penuh romantik tersebut turut diserikan dengan kehadiran selebriti terkenal termasuk Eva Longoria, Mel C, serta bintang tenis dunia, Serena Williams.

Bintang muda Hollywood itu mengikat tali pertunangan kurang dari setahun selepas menjalin percintaan, tambah MalaysiaGazette.

Sebelum ini, Brooklyn dan Peltz, dilaporkan menandatangani perjanjian pra perkahwinan bernilai £3 juta (S$5.33 juta).

Mail Online melaporkan perjanjian itu dibuat untuk melindungi kekayaan Beckham yang dikatakan bernilai £380 juta (S$675 juta).

Sumber : Agensi berita/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita