Skip to main content

Hiburan

"Anak-anak saya kan rapat-rapat, bila masa saya nak kahwin lain?", Naqiu nafi pernah poligami

Bintang Gegar Vaganza 2019, Naqiu, menafikan bahawa dia pernah beristeri dua.

Anggaran Waktu Membaca:
"Anak-anak saya kan rapat-rapat, bila masa saya nak kahwin lain?", Naqiu nafi pernah poligami

Peserta Gegar Vaganza 2019, Naqiu. (Gambar: Instagram/Naqiu)

Diterbitkan : 25 Nov 2019 12:25PM Dikemas Kini : 25 Nov 2019 12:26PM

SHAH ALAM: Bintang Gegar Vaganza 2019, Naqiu, menafikan bahawa dia pernah beristeri dua.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab tuduhan yang disifatkan sebagai lucu dan tidak logik memandangkan faktor usia kelima-lima anaknya berselang setahun setiap seorang.

"Tengok muka saya ni layak ke nak ada dua isteri? Tak adalah!

"Saya tak tahu dari mana datangnya cerita itu. Anak-anak saya kan rapat-rapat, bila masa saya nak kahwin lain?

"Inilah dakwaan paling kelakar dan saya tak sangka. Anak-anak saya berusia tujuh, enam, lima, empat dan yang bongsunya baru setahun. Ruang mana saya nak cari isteri lain?" jelas Naqiu seperti yang dipetik laman Astro Gempak.

Menurut laporan Astro Gempak, sebuah forum gosip hiburan lain membongkar kehidupan sebenar seorang selebriti yang pernah berpoligami.

Malah, laman hiburan tersebut isteri kepada penyanyi yang dimaksudkan itu memaksa untuk menceraikan isteri pertama yang pernah menjadi kawan rapatnya sebelum ini.

Individu yang dikatakan isteri kedua itu juga mendakwa anak pertama dan ketiga penyanyi berkenaan merupakan hasil perkahwinan pertama.

Meskipun dakwaan itu tidak dituju kepada mana-mana pihak, ramai yang mengandaikan kenyataan itu dikaitkan dengan Naqiu.

"Kata individu itu isteri saya nampak merendah diri, ya dia memang merendah diri dan saya sayangkan isteri saya, dia teman hidup saya.

"Saya berterima kasih sebab individu itu mengambil berat pasal saya dan saya doakan dia bahagia," tambah Naqiu kepada Astro Gempak.

Naqiu juga memilih untuk memandang positif perkara itu, bermakna semakin ramai yang memberi perhatian kepada dirinya.

"Dari sudut positif, orang sentiasa mencari saya.

"Selepas 12 tahun berdiam, baru sebulan lebih ini orang mengorek kisah saya sedalam-dalamnya. Mungkin ada kemungkinan yang baik dalam karier saya kelak," katanya.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita