Anak-anak jadi tumpuan utama, Siti Nurhaliza hanya beli sehelai baju raya
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Instagram/ctdk)
SELANGOR: Siti Nurhaliza, 45 tahun, sering dikenali sebagai salah satu warga Malaysia terkaya dan bintang pop paling berjaya.
Meskipun mampu memperolehi segala kemewahan, Siti berkongsi bahawa beliau hanya membeli satu helai baju untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
"Sejak ada dua anak, saya lebih mengutamakan mereka. Sebagai ibu, cukup sekiranya saya ada satu helai baju baharu. Kalau saya masih boleh gunakan baju lama, saya akan pakai, tetapi saya harus pakai baju baharu pada hari pertama Hari Raya," kata Siti dalam wawancara bersama mStar.
Penyanyi popular itu mendirikan rumah tangga bersama usahawan Malaysia Khalid Mohamad Jiwa pada 2006. pasangan tersebut mempunyai seorang anak perempuan enam tahun, Siti Aafiyah, dan seorang anak lelaki tiga tahun, Muhammad Afwa.
Siti juga menambah bahawa baju baharunya yang berwarna kelabu dan biru, dipilih suaminya kerana beliau tidak mengikut trend fesyen terkini.
Selain pakaian, Siti berkongsi bahawa hidangan yang harus disediakan untuk keluarganya pada Hari Raya adalah ketupat daun palas, iaitu makanan tradisional Kedah. Hidangan tersebut dipesan khas oleh ibu mertuanya.
"Selama tiga tahun lalu, selain memasak makanan kegemaran saya, serunding dan nasi impit, saya juga cuba memasak rendang ayam," tambahnya.
Meskipun beliau menyediakan pelbagai juadah untuk dinikmati pada Hari Raya, Siti menitikberatkan kepentingan bersenam dan menjaga berat badannya.
"Selepas sebulan berpuasa, saya tidak boleh makan berlebihan. Saya menjaga berat badan saya sejak konsert terakhir saya (pada 9 Mac). Dengan bersenam dan melakukan Muay Thai, saya berjaya menurunkan berat badan saya sebanyak lapan kilogram," tambahnya.

Sumber : Today/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.