Amyra Rosli hamil anak kedua, hadiah ulang tahun manis buat Amar Baharin
Pelakon Amar Baharin menyifatkan berita kehamilan anak kedua isterinya, Amyra Rosli - juga seorang pelakon, sebagai suatu hadiah paling be
(Gambar: Amar Baharin/Instagram)
KUALA LUMPUR: Pelakon Amar Baharin menyifatkan berita kehamilan anak kedua isterinya, Amyra Rosli - juga seorang pelakon, sebagai suatu hadiah paling bermakna sempena sambutan ulang tahun ke-34 kelahirannya yang jatuh pada Isnin (1 Jul).
Amar berkongsi khabar gembira itu dengan memuat naik sekeping foto isterinya bersama alat ujian kehamilan di Instagram hari ini, lapor BH Online.
Menerusi keterangan gambar yang disertakan, Amar mengucapkan syukur atas rezeki kurniaan Illahi itu.
“Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas rezeki. Ini hadiah paling menyeronokkan yang saya dapat ketika saat usia meningkat 34 tahun,” kongsi Amar ringkas.
Pasangan sama cantik sama padan itu juga baru sahaja mendapat tahu berita gembira tersebut dan ini disahkan oleh ibu Amyra sendiri iaitu Cik Noor Zaridah Ahmad ketika dihubungi BH Online.
Sebaik sahaja urutan kini tersebut dikongsikan di Instagram, teman-teman artis dan para peminat membanjiri ruang komen untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan itu sudahpun mempunyai seorang anak lelaki bernama Aqeef Anaqi.
Sebelum ini, Amyra atau nama lengkapnya Nur Amyra Izzati Rosli berkata beliau tidak pernah merancang soal anak namun sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada ketentuan rezeki.
“Jika ditanya, memang saya sudah bersedia untuk menerima kehadiran anak kedua. Lagipun Anaqi sudah berusia setahun lapan bulan,” katanya kepada BH Online.
Amyra dan Amar membina mahligai bersama pada November 2016 dan dikurniakan anak sulung pada 15 Oktober 2017.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.