Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Amyra Rosli dipilih sebagai Pengacara TV Paling Dipercayai

Pelakon dan hos rancangan Nona, Amyra Rosli, dipilih sebagai Pengacara Televisyen (TV) Paling Dipercayai di Anugerah Jenama Dipercayai Reader's Digest 2022 atau "Reader's Digest Trusted Brands and People Awards", baru-baru ini, lapor BHonline.

Anggaran Waktu Membaca:
Amyra Rosli dipilih sebagai Pengacara TV Paling Dipercayai

(Gambar: Amyra Rosli/Instagram)

Diterbitkan : 22 Jun 2022 03:02PM Dikemas Kini : 22 Jun 2022 03:02PM
KUALA LUMPUR: Pelakon dan hos rancangan Nona, Amyra Rosli, dipilih sebagai Pengacara Televisyen (TV) Paling Dipercayai di Anugerah Jenama Dipercayai Reader's Digest 2022 atau "Reader's Digest Trusted Brands and People Awards", baru-baru ini, lapor BHonline.

Amyra mula menjadi pengacara Nona sejak Ogos tahun lalu. Kepetahan Amyra berbicara dengan gaya bersahajanya, menurut BHonline, menarik perhatian penonton apabila beliau membentangkan isu-isu semasa yang melibatkan wanita dan keluarga.

Hasilnya, program Nona - yang ditayangkan setiap Ahad pada pukul 2.00 petang - berjaya memikat hampir sejuta penonton setiap minggu.

Kemenangan tersebut ibarat mimpi menjadi kenyataan bagi ibu dua anak itu.

"Nona dilihat sebagai penggerak langkah untuk saya menimba pengalaman dalam dunia pengacaraan.

"Pada masa sama, program ini juga memberi semangat kepada wanita di luar sana. Ini kerana program ini menceritakan luahan dan perkongsian kisah realiti, inspirasi dan kehebatan kaum Hawa.

"Saya berharap program Nona ini dapat memberi manfaat kepada semua penonton," katanya kepada BHonline.

Pengalaman lebih 13 tahun beraksi di hadapan kamera banyak membantu Amyra untuk mengacarakan program Nona dengan identitinya yang tersendiri, seiring aura barisan hos terdahulu.

Antara pengacara Nona yang mencipta impak tersendiri ialah Normala Samsudin, Nurfarahin Jamsari, Ezzah Aziz Fawzy, Fouziah Gous, Mira Filzah, Uyaina Arshad dan Neelofa.
Sumber : Agensi berita/IM/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa