Amy Search dan Awie kembali bersahabat, lupakan sengketa lama
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Instagram/awieofficial)
KUALA LUMPUR: Legenda rock, Amy Search bersyukur kerana dapat berbaik semula dengan sahabat lamanya, Awie Wings selepas beberapa tahun berseteru.
Menyedari usia yang semakin lanjut, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 64 tahun, memberitahu beliau membuat keputusan untuk melupakan segala sengketa dan bersahabat kembali, lapor Astro Gempak.
“Saya berasa syukur, alhamdulillah kami bersatu kembali mengikat tali ini (persahabatan) semula.
"Dan bagi saya dia kawan yang dari awal dulu lagi, jadi saya lupakan cerita yang belakang itu.
“Jadi kita melihat ada sesuatu benda yang baik yang akan kita rancangan pada masa hadapan.
“Saya pun fikir, saya bukan ada banyak masa (hidup) 20 atau 30 tahun lagi. Jadi saya rasa kita berakhir dengan jalan yang terbaik,” katanya kepada Astro Gempak.
Penyanyi yang popular dengan lagu Isabella itu ditemui selepas acara pelancaran KEPCI Music Festival di Sunway Pyramid pada Selasa (11 Jul).
Tambah Amy lagi, beliau dan Awie sudah merancang sesuatu bersama dan bakal mengumumkannya tidak lama lagi.
“Awie adalah antara salah satu artis dan penyanyi terbaik dalam rock & roll, jadi adalah baik untuk kami bersemi kembali dan merancang sesuatu yang lebih baik di masa akan datang.
“Saya boleh kata akan ada sesuatu yang kami berdua mahu umumkan,” ujarnya.
Hubungan dua penyanyi rock legenda itu dingin selepas pemain dram Search, Allahyarham Yazit Ahmad meninggal dunia pada 2019, seperti dipetik laporan Astro Gempak.
Konflik timbul selepas Amy mengakui terluka dengan komen Awie yang mendakwa beliau mengabaikan Allahyarham Yazit ketika sakit.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.