Skip to main content

Hiburan

Amy restu 'diganti' Awie dalam konsert Search

Kugiran rok terkemuka Malaysia, Search, bakal mengadakan sebuah konsert bulan depan. Namun para penonton tidak akan dapat mendengar alunan suara vokalis kumpulan itu, Amy - sebaliknya tempat beliau akan digantikan oleh Awie.

Anggaran Waktu Membaca:
Amy restu 'diganti' Awie dalam konsert Search

(Gambar: Facebook/Nasir RockFather)

Diterbitkan : 27 Feb 2020 12:14AM Dikemas Kini : 27 Feb 2020 12:26AM

KUALA LUMPUR: Kugiran rok terkemuka Malaysia, Search, bakal mengadakan sebuah konsert bulan depan. Namun para penonton tidak akan dapat mendengar alunan suara vokalis kumpulan itu, Amy - sebaliknya tempat beliau akan digantikan oleh Awie.

Membuat pengumuman baru-baru ini (25 Feb), pemain bes kumpulan tersebut, Nasir Daud menekankan bahawa keputusan menampilkan vokalis kumpulan Wings dalam konsert itu dibuat "secara profesional" dan bukan bertujuan "cari masalah".

"Sidang media kami petang ini bukan untuk isytiharkan apa-apa. Termasuk, untuk cari masalah atau memburukkan keadaan," kata Nasir seperti dilaporkan Harian Metro.

“Kami berada di sini secara profesional dan keputusan yang dibuat adalah profesional."

Malah menurut Harian Metro, Nasir menjelaskan bahawa ketiadaan Amy adalah disebabkan beliau sendiri tidak dapat memberikan komitmen terhadap projek berkenaan.

“Kami tidak boleh duduk diam, dah sampai masanya Search harus keluar. Disebabkan kesibukan Amy inilah, kami buat keputusan tampil dengan projek bersama Datuk Awie,” kata Nasir lagi.

“Pengurusannya, beritahu Amy sibuk dan tidak boleh bagi apa-apa komitmen. Ini yang buat saya rancang projek dengan Awie,” katanya.

Konsert Apologia Search & Awie itu bakal berlangsung pada 28 Mac di The Bee, Publika, Kuala Lumpur dan ibarat 'reunion' antara Search dan Awie sejak album Bikin Wilayah pada 1998.

Bagi pihak Awie pula, Harian Metro melaporkan penyanyi itu berharap tiada pihak mengambil kesempatan melaga-lagakan mereka berhubung isu itu.

“Ini (kerjaya seni) adalah punca rezeki kami semua. Kita perlukan bantuan semua supaya projek Konsert Apologia Search & Awie ini jadi kenyataan,” katanya.

Dalam laporan susulan Harian Metro, Amy sendiri memberitahu bahawa beliau 'merestui' konsert antara kumpulan Search dan Awie itu.

"Projek mereka (Nasir) biarlah mereka teruskan. Saya akan sertai mereka juga tapi bukan sekarang," kata Amy, atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman.

Menolak andaian bahawa beliau tidak beri komitmen akibat isu bayaran, Amy berkata: "Saya tidak tahu apa-apa pun (tentang bayaran). Cuma, apa yang saya tahu mengenai konsert itu, pada tarikh ia berlangsung, saya memang sibuk dengan urusan lain." 

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita