Amy perkenal pemain dram baharu Search, Naimi Daini berusia 17 tahun
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: @ehhafishah menerusi Instagram gosearch.official)
KUALA LUMPUR: Penyanyi rock legenda Datuk Amy Search mendedahkan pemain dram baharu kumpulan Search, Naimi Daini, 17 tahun, ada sedikit persamaan dengan Allahyarham Yazit Ahmad.
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 65 tahun, berkata kepada Astro Gempak, Naimi mempunyai bakat yang luar biasa dan sukar ditemui.
"Saya melihat bakat Naimi amat istimewa. Apatah lagi, saya dapati dia ada persamaan cara bermain macam arwah (Yazit) sedikit.
“Pada saya, ramai saja orang yang boleh main dram, tapi untuk dia ada 'sesuatu' menarik dalam teknik bermainnya yang bertenaga, penuh semangat, dan ada jiwa seni itu.
"Dia pun 'steady' saja main tiga lagu 'fast' tanpa nampak penat dan pancit. Jadi, dari situ saya lihat memang ada sedikit sentuhan arwah Yazit pada Naimi.
"Walaupun berbeza, tapi dia ada ciri-ciri orang berdarah seni," katanya kepada Gempak.
Berkongsi mengenai bagaimana perjumpaan mereka dengan Naimi, Amy memberitahu beliau disyorkan oleh rakan pemuzik dan kebetulan juga bapanya kami kenal kerana pernah menguruskan Konsert Search Evolusi dulu.
"Saya pun ada temu bual dia, tanya macam-macam dan dia memang ada benda (bakat) itu yang dianugerahkan Allah kepadanya walaupun dia seorang gadis dan masih muda,” cerita beliau.
Apabila disoal mengenai usia pemain dram itu yang sangat muda dengan ahli kumpulan Search, Amy memberitahu Gempak bahawa ia tidak menjadi masalah malah mereka mudah mencari ‘chemistry’.
“Dia sangat muda, namun saya suka dengan cara dia main dram.
"Walaupun kita perlu beri dia masa yang lama lagi untuk selesa, tapi paling utama tiada tekanan dirasakan dengan membawa Naimi ke lokasi persembahan tertentu saja.
“Yang penting kesungguhan yang ditunjukkan kerana Naimi masih bersekolah tapi komited untuk datang berlatih bersama kami," katanya.
Terdahulu, Naimi muncul buat julung kali beraksi bersama Search di Konsert Nusafest 2023 dekat Bandar Malaysia, pada malam Sabtu lalu menarik perhatian ramai.
Naimi tampil bersama Search yang dianggotai Amy sebagai penyanyi, Nasir Daud (bass), Hillary (gitar) dan Man Kidal (gitar) dengan memainkan lapan lagu pada malam itu.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.