Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Amitabh Bachchan terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat

Anggaran Waktu Membaca:
RIYADH: Pelakon veteran Bollywood, Amitabh Bachchan berjaya membawa pulang trofi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di Anugerah Joy 2023 di Arab Saudi baru-baru ini atas sumbangannya kepada industri perfileman India.

Menerusi akaun Instagramnya, Bachchan memuat naik hantaran berbentuk rakaman beliau merakamkan ucapan terima kasih semasa menerima anugerah.

Hantaran berkenaan turut memaparkan beberapa klip daripada filem lakonan lagenda berusia 81 tahun itu.

“Terima kasih yang tidak terhingga atas kasih sayang, keprihatinan anda dan untuk penghormatan ini,” tulis beliau dalam hantaran tersebut.
 
Dalam ucapannya, seniman itu menyebut, kunjungan beliau ke Arab Saudi merupakan lawatan pertama dan pastinya bukan yang terakhir.

“Saya sentiasa percaya bahawa pawagam adalah medium hiburan dan ia adalah medium yang menyatukan orang ramai dan mengintegrasikan masyarakat manusia," kata beliau menerusi agensi berita Bolnews.

“Kita datang dari pelbagai lapisan kehidupan dan datang dari laluan dunia berbeza, tetapi apabila menonton sesuatu, kita ketawa pada jenaka sama dan menangis pada perkara yang sama. Kita berkumpul di sebuah platform,” katanya.

Amitabh dalam masa yang sama turut menyatakan kebanggaan beliau berpeluang menjadi sebahagian kecil daripada masyarakat industri perfileman di India.

“Apabila anda menghormati saya hari ini, anda menghormati industri filem negara saya, anda menghormati negara saya,” tambahnya lagi.

Pada acara itu, Amitabh turut ditemani ahli keluarganya termasuk Shweta Bachchan Nanda dan Abhishek Bachchan.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan