"Amat menyakitkan": Norfasarie sangka positif COVID, rupanya dijangkiti denggi
Anggaran Waktu Membaca:

Personaliti tempatan Norfasarie Yahya. (Gambar: Norfasarie/Instagram)
SINGAPURA: Kepala terasa berat, badan pula kesejukan seolah-olah ingin jatuh demam.
Itulah yang dialami personaliti tempatan Norfasarie Yahya sejurus selepas meluangkan sehari bersama keluarga di Taman Burung Jurong pada Sabtu (2 Jul).
Sebaik sahaja tiba di rumah, beliau tidak berlengah untuk mengambil ujian ART COVID-19 dan hasilnya adalah negatif.
Namun apabila suhu badannya melonjak ke 39.9 darjah Selsius, Norfasarie meminta suaminya, bekas pemain bola sepak negara, Baihakki Khaizan, untuk menghantar beliau ke klinik.
"Saya pergi klinik. Klinik memberitahu (saya) bahawa ujian COVID-19 adalah negatif dan mereka mahu membuat ujian darah ke atas saya," Norfasarie memberitahu BERITAmediacorp.
Bagaimanapun, Norfasarie membuat keputusan untuk pulang ke rumah dan mengambil ubat memandangkan beliau masih negatif COVID-19 dan itu merupakan hari pertama beliau jatuh sakit. Doktor pula menasihatkan beliau supaya kembali ke klinik jika demamnya belum reda pada hari ketiga.
Norfasarie berkata beliau sekejap-sekejap melakukan ujian ART dan bahkan mengasingkan dirinya di rumah disebabkan masih lagi demam yang "tidak tahu apakah ia (sebabnya)".
"Saya makan ubat macam 10 minit (kemudian) berpeluh-peluh, kejap lagi dia (suhu badan) naik balik.
"Kemudian pagi ini (4 Jul), demam semakin teruk. Saya terbangun dengan rasa sakit yang menusuk di bahagian belakang, benar-benar rasa seperti ada orang tengah tikam tulang belakang saya hendak kasi patah," ujar beliau.
Norfasarie, yang berada dalam keadaan lemah dan tidak bermaya dengan suhu badan masih mencatat 39 darjah Selsius , kemudian dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH) oleh suaminya pada Isnin di mana beliau perlu menjalani ujian darah dan beberapa ujian lain.
Hasil ujian darah kemudian mengesahkan Norfasarie dijangkiti denggi dan kiraan darahnya berada pada paras yang cukup-cukup. Bermakna platelet darah beliau hampir di bawah paras 50.
Jururawat kemudian memasukkan drip dan memantau keadaan Norfasarie. Memandangkan platelet darahnya tidak jatuh ke bawah paras 50, beliau dibenarkan pulang ke rumah dan tidak ditahan di SGH.
"Mereka memberitahu saya ia (kiraan darah) akan jatuh lagi fasal ini baru hari ketiga, Denggi akan memakan masa satu atau dua minggu untuk pulih, untuk mendapatkan semula tenaga anda. Jadi pada Rabu (6 Jul), saya perlu pergi ke mana-mana klinik untuk mengambil ujian darah bagi memastikan platelet darah saya tidah merosot. Kalau jatuh bawah 50, saya perlu menjalani pemindahan darah," ujar Norfasarie dalam satu perbualan bersama BERITAmediacorp.
Awal dari itu, pemilik Spa by Norfasarie dan Moza Aesthetics Spa berkenaan memuat naik satu catatan di Instagram untuk memberikan kemas kini bahawa beliau sudah pulang dari hospital.
"Denggi adalah satu jangkitan virus yang amat menyakitkan, yang menggigilkan tubuh badan. Saya mengalami rasa sakit yang teramat pagi ini sehingga Baihakki terpaksa menggegaskan saya ke SGH," tulisnya dalam catatan itu.

Pada awalnya Norfasarie mengesyaki beliau pasti dijangkiti COVID-19 kerana beliau belum pernah dijangkiti koronavirus itu dan mentelah lagi, Baihakki pula baru pulih daripada virus tersebut.
"Jadi saya mula mengasingkan diri saya tetapi benar-benar tidak menjangkakan ia adalah denggi. Saya betul-betul fikir saya akan mati. Rasa sakit untuk denggi, mereka kata lagi sakit daripada COVID," luahnya yang kini sedang muntah-muntah dan tidak lalu makan meskipun terasa lapar.
"Saya terfikir kalau saya kena dah teruk apa lagi kalau budak-budak kena (terjangkit denggi) atau orang tua. Ia pastinya lebih teruk," ujar beliau bimbang sambil mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menitipkan doa dan berharap beliau akan beransur pulih segera.
KES DENGGI S'PURA 3 KALI LEBIH TINGGI
Hampir 18,000 kes denggi dilaporkan di Singapura sepanjang tahun setakat ini.
Bilangan itu lebih tiga kali lebih banyak berbanding sekitar 5,260 kes bagi keseluruhan tahun lalu.
Terdapat lebih 300 kelompok denggi aktif di seluruh negara dengan 127 daripadanya adalah kawasan berisiko tinggi termasuk Woodlands, Jurong West, Hougang, Bedok, Ang Mo Kio dan Clementi.
Pihak berkuasa sedang mempergiat usaha untuk meningkatkan kesedaran berhubung denggi, dengan lebih 5,000 relawan dari Persatuan Rakyat (PA) membuat lawatan rumah ke rumah di kawasan kelompok denggi sepanjang dua minggu mendatang.
Para pegawai Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) sudahpun melakukan hampir 390,000 pemeriksaan denggi di serata negara.
Hasilnya, hampir 11,000 tempat pembiakan nyamuk dikesan, dengan 50 peratus pembiakan nyamuk Aedes terdapat di dalam rumah.

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.