Alyph, Yonnyboii kongsi kisah hidup, kolaborasi dalam single terbaru 'Sengkek'
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Instagram/Yonnyboii)
KUALA LUMPUR: Dua penyanyi hip hop Alyph dan Yonnyboii, yang masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri, kini bergabung tenaga dan berkongsi pengalaman hidup mereka dalam single terbaru Sengkek.
Bukan sahaja projek kolaborasi sulung mereka ini memberi kelainan dalam genre hip hop di Malaysia, malah lagu 'Sengkek', yang disiapkan dalam masa kurang dua bulan, juga menerima sentuhan naib juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-37, SonaOne.
Bercerita mengenai 'Sengkek' kepada BH Online, Yonnyboii atau nama sebenar, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 24, berkata, lagu itu berkisar pengalaman yang dilaluinya semasa mula bertapak dalam bidang muzik dengan kemampuan kewangan terbatas, namun, impian menggunung.
"Saya cipta lagu ini kerana kita semua pernah melalui fasa 'sengkek' atau tidak mempunyai kewangan kukuh hingga sukar meneruskan kelangsungan hidup.
"Lagu ini berkait rapat dengan diri saya. Jadi, saya fikir, mengapa tidak tulis lagu yang mampu difahami dan boleh dikaitkan dengan orang ramai.
"Selain itu, lagu ini menceritakan perjalanan individu mengejar cita-cita tanpa wang dan bagaimana seseorang berjaya menempuhi cabaran untuk sampai ke titik selesa," katanya kepada BH Online.
Malah, semangat menerbitkan 'Sengkek' memuncak selepas Yonnyboii menerima maklum balas positif daripada demo yang dimuat naik dalam media sosial.
"Selepas dapat pelbagai respons positif peminat dan pengikut, saya ambil keputusan menyiapkan 'Sengkek' dan mengajak Alyph bekerjasama.
"Kemudian, saya hantar demo lagu ini kepada SonaOne untuk proses susunan dan penerbitan hinggalah terhasilnya single kolaborasi saya dengan Alyph ini," katanya pada sidang media lagu 'Sengkek' kelmarin.
ALYPH YAKIN 'SENGKEK' MAMPU TERBANG TINGGI
Sementara itu, Alyph mengaku yakin 'Sengkek' mampu terbang tinggi selepas kali pertama mendengar melodinya.
Alyph atau nama sebenar, Alif Abdullah, 33, akui kagum dengan kesungguhan Yonnyboii sepanjang proses pembikinan lagu hingga mendorongnya memberi komitmen dalam projek tersebut.
"Saya dapat dengar keikhlasan dan kejujuran dalam suara Yonnyboii ketika mendengar demo ini di studio SonaOne.
"Pada saat itu, saya mahu memasukkan sesuatu dari sudut pandang sendiri untuk menambah lagi rasa lagu ini," katanya.
"Sejujurnya, saya hanya tumpang untuk memberi nilai tambah kepada lagu ini. Selebihnya, adalah hasil usaha dan kerja keras Yonnyboii," katanya.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.