Alyph selesa bergerak solo; tidak terfikir hidupkan semula Sleeq
Anggaran Waktu Membaca:
ALYPH. (Gambar fail: Mediacorp)
KUALA LUMPUR: Penyanyi rap kelahiran Singapura, Alyph mengaku bukan mudah mengikis nama Sleeq iaitu gabungan duo yang memperkenalkan dirinya ke pentas muzik, daripada identiti sekarang.
Lantaran itu, Alyph yang kini bergerak solo, tidak terfikir bergabung semula dengan sepupunya, Syarif dan menghidupkan kembali zaman gemilang Sleeq, biarpun peminat meminta mereka aktif semula.
"Memang ada peminat minta kami bergabung kerana rindukan Sleeq. Bagi saya, kalau mereka rindukan Sleeq, dengar sahaja lagu kami di Spotify.
"Saya selesa bergerak solo biarpun pada mulanya, takut dan rasa hendak menangis setiap kali muncul di khalayak.
"Sebelum ini, orang tak kenal siapa saya. Nampak saya, mereka panggil Sleeq. Sebab itulah, pada mulanya, saya tidak yakin bergerak solo," katanya, dipetik daripada BH Online.
Selepas mencipta fenomena dengan single 'Swipe', Alyph atau nama sebenarnya, Muhammad Alif Abdullah, 34 tahun, enggan menoleh ke belakang lagi.
Sebagai hadiah buat peminat, Alyph melancarkan single baharu berjudul 'Heat', rentetan kejayaan lagu 'Swipe'.
Menurut laporan BH Online, Alyph mencipta single 'Heat' yang dianggap lagu pembakar semangat sebelum melakukan sesuatu dalam hidup termasuk pekerjaan dan sebagainya.
Dalam berkarya, Alyph mengaku berhati-hati dalam menghasilkan lirik lagu.
Ini kerana beliau tidak mahu kanak-kanak mendengar lirik yang bukan-bukan, apatah lagi, mereka mudah akses ke platform seperti TikTok ketika ini.
Diminta mengulas mengenai lagu kontroversi Malampagi nyanyian Saixse yang didakwa mengandungi unsur keterlaluan, Alyph berkata, lagu itu menggambarkan realiti sebenar kehidupan masyarakat sekarang.
"Tipulah kalau kata kita tiada kawan yang hidup dalam keadaan seperti digambarkan dalam single itu.
"Kalau tiada orang yang hidup begitu, maknanya, tidak ada orang yang 'layan' lagu Malampagi.
"Memang kalau dilihat dari sudut agama, lagu itu tidak sesuai dan kurang selesa. Namun, dari sudut muzik, penyanyi perlu tabah dan tengok apa akan terjadi selepas lagu itu dilancarkan," katanya, lapor BH Online.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.