Alyph bakal lancar album baharu tampilkan Ziana Zain
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: alyphland/Instagram, iamzianazain/Instagram)
KUALA LUMPUR: Penyanyi kelahiran Singapura, Alyph, bakal tampil dengan album terbaharu, menampilkan penyanyi legenda Ziana Zain.
Penyanyi dan penulis lagu, Alyph atau nama sebenarnya, Alif Abdullah, 36 tahun, menyifatkan album yang diberi nama 'The Storm' itu sebagai sangat peribadi, terutama buat dirinya kerana segala lagu yang dimuatkan berkisahkan apa yang disaksikan derianya.
“Ini semua kisah apa yang saya nampak setiap hari. Dari sudut pandang kawan-kawan dan keluarga. Kisah benar tapi tentu sahaja apabila tulis, saya tambah sedikit fiksyen sebab takkan nak bagi semua orang faham hidup saya,” katanya, seperti dipetik Kosmo.
Kolaborasi dengan Ziana Zain menerusi dua lagu iaitu 'Teman' dan 'Gerak', Alyph berkata, penyanyi hebat itu merupakan pilihan pertamanya untuk lagu-lagu tersebut.
“Saya tidak boleh bayangkan orang lain, memang Ziana Zain. Sejujurnya, apabila tulis lagu ketika mula (intro) saya sudah boleh tahu hujungnya.
“Apabila tulis korus dan melodi, saya hanya terbayang Ziana Zain. Rasa sangat bertuah apabila beliau sudi bekerjasama dengan saya untuk lagu Gerak,” ujar pelantun lagu Swipe itu, lapor Kosmo.
Menceritakan tentang ilham dalam penghasilan lagu dan melodi, Alyph mengikut rentak ilham dan gerakan tersendiri.
"Bila album ini siap, judulnya macam tak kena hinggalah satu masa ilham itu datang.”
Demikian kata Alyph saat bercerita tentang album 'The Storm' yang bakal dilancarkan 24 Januari ini.
Katanya, 'The Storm' yang bermaksud ribut membawa makna tersendiri yang tidak terjangka dan itulah yang ingin ditonjolkan menerusi diskografi terbaharunya.
“Saya dah lama pendam ingin buat album lebih daripada satu lagu. Saya gembira kerana berhenti sekejap untuk terbitkan lagu orang artis lain dan fokus kepada diri sendiri.
“Bila album siap, dengar balik (semua lagu) tajuk album macam tidak kena. Sampai idea untuk namakan 'The Storm' hadir dengan sendirinya."
“'The Storm' ini macam minda kita. Tidak terjangka. Ribut kita tidak tahu apa akan jadi. Dia macam warna kelabu. Apabila berlaku (ribut), kita tidak tahu nak bawa payung atau keluar rumah tiba-tiba ada matahari,” katanya di majlis pradengar album terbaharunya itu baru-baru ini, lapor Kosmo.
'The Storm' terbitan Dej Jam memuatkan 12 lagu termasuk 'Red Flags', 'Saham Naik' dan 'Bestfriend Part 2' dilancarkan di semua platform digital pada 24 Januari ini.

Sumber : Agensi berita/SK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.