Skip to main content

Hiburan

Altimet tidak hasilkan lagu baharu sempena PRN

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Penyanyi rap terkenal, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet berkata beliau tidak akan menghasilkan lagu baharu bagi mengiringi kempennya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, 12 Ogos ini.

Altimet yang menjadi calon Pakatan Harapan (PH) bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya sebelum ini pernah menghasilkan lagu berjudul Aduh Malaysia, yang digunakan pemimpin serta penyokong PH sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Mungkin kita keluarkan lagu lain yang tiada kena mengena hari ini (pilihan raya),” katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon di Dewan Dato Ahmad Razali, Ampang di Kuala Lumpur pada Sabtu (29 Jul).

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ampang itu berdepan pertandingan satu lawan satu dengan calon Perikatan Nasional (PN) Sharifah Haslizah Syed Ariffin yang juga Exco Dewan Muslimat PAS Selangor.

Altimet, 44 tahun, berkata beliau mahu menjadikan Lembah Jaya sebagai kawasan yang mesra didiami  segenap lapisan masyarakat, selain membantu penduduk mendapatkan insentif serta bantuan ditawarkan kerajaan negeri.
 
 
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita