Altimet mula tugas sebagai YB, rancang adakan lebih banyak program agama
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Twitter/altimet)
SELANGOR: Selepas menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), penyanyi rap Altimet memulakan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan menunaikan solat subuh berjemaah di Taman Kosas, Ampang, Selangor pada Ahad (13 Ogos).
Altimet atau Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 45 tahun, cukup bersemangat untuk bersama rakyat yang turun mengundi meskipun bertungkus-lumus menjalankan kempen sebelum PRN berlangsung pada Sabtu (12 Ogos).
Melihat masjid dan rumah ibadah lain sebagai kawasan tumpuan ramai, Altimet yakin majlis agama antara salah satu kaedah terbaik untuk dia mendekati rakyat.
"Kerja mula hari ini. Pukul 6.00 pagi, Masjid Taman Kosas. Semangat!"
"Antara perancangan saya adalah ke arah itu (program agama). kita tahu tempat ibadah adalah tumpuan masyarakat. Perlu sentuh dan prihatin terhadap semua golongan," katanya ketika dihubungi mStar.
Altimet sebelum itu berkongsi serangkap pantun mengajak orang ramai ke masjid berkenaan selepas namanya diumumkan menang bagi DUN Lembah Jaya.
Berkesempatan berjumpa penduduk sekitar kawasan masjid, Altimet sudah menerima beberapa maklum balas yang perlu diberi perhatian kelak.
Justeru baginya tiada istilah rehat panjang selepas diberi tanggunjawab sebagai wakil rakyat.
"Ada jemaah yang belum pernah berjumpa datang berbual dengan saya. Mereka timbulkan beberapa isu dan saya ambil maklum perkara tersebut.
"Apa pun kena tunggu upacara angkat sumpah dahulu untuk teruksan kerja. Selangor pun masih cuti esok (Isnin)," ujarnya.
Syukur atas kemenangan sebagai ADUN, penyanyi lagu Amboi itu juga sedar namanya kini terus menjadi perhatian dalam arena politik, lapor mStar.
"Syukur dan teruja dengan tugas yang diberikan ini. Sekarang tugas saya lebih besar dan perlu lakukan dengan betul.
"Saya sedia menjalankan tanggungjawab ini," jelasnya.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.