Skip to main content

Hiburan

All Stars Gegar Vaganza: Hady Mirza lonjak ke tempat pertama; Suki Low & Cliff Umar tersingkir

Anggaran Waktu Membaca:
All Stars Gegar Vaganza: Hady Mirza lonjak ke tempat pertama; Suki Low & Cliff Umar tersingkir

Hady Mirza membuat persembahan di minggu kedua All Stars Gegar Vaganza. (Gambar: Astro Gempak/Instagram)

SHAH ALAM: Persaingan sengit All Stars Gegar Vaganza (GV) kian terasa dengan penyingkiran dua peserta sekali gus pada minggu kedua pertandingan.

Peserta 'hot seat' Suki Low dan bekas juara GV7 Cliff Umar tersingkir selepas masing-masing mendapat markah paling corot sebanyak 56.25 peratus dan 53.25 peratus.

Hady Mirza berjaya meraih markah tertinggi sebanyak 79 peratus menerusi lagu 'How Am I Supposed To Live Without You' nyanyian asal Michael Bolton.

Jaclyn Victor pula meraih tempat kedua dengan 75. 5 peratus, manakala Azharina menduduki tangga ketiga dengan 74.5 peratus.

Semasa dihubungi BERITA Mediacorp, Hady berkata kesesuaian lagu pada vokalnya mungkin membantu beliau melonjak ke kedudukan teratas selepas menduduki tangga kelima minggu lalu.

"Lagu ini memang hebat dan kesukaan ramai dan mungkin cocok untuk saya. Yang penting rasa bersyukur dapat laksanakan dengan sewajarnya untuk lagu itu.

"Saya tidak menyanyi untuk markah tapi menghormati susunan lagu dan apa yang diperlukan," kongsi Hady.

Meskipun berjaya membuai penonton dengan vokal yang merdu dan mantap semalam, Hady masih berpegang dengan pendirian "tiada strategi" dan hanya mengutamakan persiapan menjelang malam persembahan.

"Mencorak langkah di atas pentas wajib walaupun ikut 'feel' bila nyanyi.

"Tetap tiada strategi sebab ia bergantung kepada lagu. Hanya menunggu peluang yang ada pada setiap lagu. Saya akan cuba buat yang sebaik mungkin di tahap yang selesa.

"Saya tak percaya akan 'trying too hard' (terlalu mencuba) sehingga tidak menjadi diri sendiri" kongsi Hady dengan BERITA Mediacorp.

Bagi minggu hadapan, Hady Mirza bakal membawakan lagu 'Lemak Manis', nyanyian asal Roslan Madun.

All Stars GV bersiaran secara langsung setiap Ahad pada jam 9.00 malam di saluran Astro Ria.
Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita