All Stars Gegar Vaganza: Ayai Illusi terselamat; giliran Jaclyn Victor duduki tangga teratas
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: astrogempak/Instagram
SHAH ALAM: Konsert minggu ketiga All Stars Gegar Vaganza (ASGV) membuat kejutan apabila mengumumkan tiada penyingkiran, pada Ahad malam (8 Okt).
Acara yang berlangsung di Dewan Auditorium MBSA itu menyaksikan seramai 14 peserta layak melangkah ke minggu keempat yang bertemakan 'Berdua Bersatu', iaitu nyanyian duet bersama penyanyi terkenal.
Konsert malam semalam turut menyaksikan Ayai yang mendendangkan lagu 'Donde' mendapat markah paling rendah iaitu 51.7 peratus, namun diumumkan terselamat.
JACLYN MUNCUL TERBAIK; ALIFF AZIZ DI TANGGA KE-5
Sementara itu, penyanyi Jaclyn Victor yang juga juara GV musim kesembilan muncul sebagai peserta yang menduduki tangga teratas dengan markah sebanyak 76 peratus.
Tempat kedua pula menjadi milik penyanyi yang naib juara GV keempat iaitu Liza Hanim dengan markah sebanyak 74.7 peratus manakala Naqiu pula berada di tempat ketiga dengan kutipan markah 74.5 peratus.
Penyanyi dari Singapura, Aliff Aziz berada di tempat kelima dengan 66 peratus, manakala Hady Mirza pula menduduki tangga ketujuh dengan 65 peratus.
Kosmo Online melaporkan ketua juri Ramli MS berkata, prestasi beberapa peserta terjejas susulan pemilihan lagu yang bukan daripada era mereka,.
“Kebanyakan lagu bukan zaman mereka. Peserta yang berusia 50-an nak nyanyi lagu terkini sangat mencabar buat mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas konsert minggu ketiga ASGV, pada Ahad malam, dipetik daripada Kosmo Online.
TIADA PENYINGKIRAN
Sementara itu, tiada penyingkiran pada malam itu bermakna kesemua 16 peserta berjaya melangkah ke minggu ketiga.
Oleh itu, para penyokong Naqiu, Nikki Palikat, Liza Hanim, Hady Mirza, Azharina, Zamani, Jaclyn Victor, Noryn Aziz, Ayai Illusi, Siti Nordiana, Ezad Lazim, Aliff Aziz, Aishah dan Tomok masih berpeluang menyaksikan kehebatan vokal mereka di peringkat seterusnya.
Kesemua bintang diadili oleh juri profesional Ramli MS, Hetty Koes Endang dan guru vokal, Syafinaz Selamat.
Konsert ASGV diacarakan Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein.
Juara ASGV akan membawa pulang wang tunai bernilai RM200,000 (S$58,075) berserta trofi.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.